Monday 28 October 2013

Isteri bekas bintang NFL curang?


Bekas model Playboy, Kendra Wilkinson dipercayai bersikap curang terhadap suaminya selama empat tahun, Hank Baskett.
Menurut laman web RadarOnline, Kendra, dua bulan mengandung, ditangkap meluangkan masa bersama Shawne Merriman yang merupakan bekas teman lelakinya sebelum dia berkahwin dengan Hank pada 2009.

"Kendra ke San Diego beberapa bulan lepas tanpa Hank yang kekal di rumah untuk menjaga bayi mereka. Dan dia mengambil kesempatan terhadap ketiadaan Hank untuk bertemu dengan Shawne di sebuah kelab malam."

"Mereka juga kelihatan telah menikmati makan tengah hari bersama baru-baru ini."

Hubungan di antara Shawne dan Kendra dilaporkan agak tidak menentu semasa mereka berpacaran sebelum ini.

"Namun begitu, mereka sentiasa mempunyai perasaan yang mendalam terhadap satu sama lain", ulas seorang sumber RadarOnline.

Kedua-dua lelaki dalam hidup Kendra ini, Hank dan Shawne, merupakan bekas bintang bola sepak Amerika Syarikat, atau pun lebih dikenali sebagai NFL.

Shawne Merriman sebelum ini mewakili San Diego and Buffalo dalam NFL dari tahun 2005 sehingga 2012. Manakala Hank Baskett pula pernah bermain untuk Minnesota Vikings, Philadelphia Eagles dan Indianapolis Colt





[Continue reading...]

Tuesday 15 October 2013

mayat dijumpai rentung di seremban

SEREMBAN 15 Okt. - Mayat seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sebuah ladang kelapa sawit dekat Enstek di sini pagi tadi.
Mayat tanpa identiti pengenalan diri itu ditemui oleh seorang penduduk yang secara kebetulan melalui kawasan terbabit kira-kira pukul 10 pagi tadi dan sehingga kini pihak polis sedang melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan

[Continue reading...]

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...