Monday 28 October 2013

Isteri bekas bintang NFL curang?

Share it Please

Bekas model Playboy, Kendra Wilkinson dipercayai bersikap curang terhadap suaminya selama empat tahun, Hank Baskett.
Menurut laman web RadarOnline, Kendra, dua bulan mengandung, ditangkap meluangkan masa bersama Shawne Merriman yang merupakan bekas teman lelakinya sebelum dia berkahwin dengan Hank pada 2009.

"Kendra ke San Diego beberapa bulan lepas tanpa Hank yang kekal di rumah untuk menjaga bayi mereka. Dan dia mengambil kesempatan terhadap ketiadaan Hank untuk bertemu dengan Shawne di sebuah kelab malam."

"Mereka juga kelihatan telah menikmati makan tengah hari bersama baru-baru ini."

Hubungan di antara Shawne dan Kendra dilaporkan agak tidak menentu semasa mereka berpacaran sebelum ini.

"Namun begitu, mereka sentiasa mempunyai perasaan yang mendalam terhadap satu sama lain", ulas seorang sumber RadarOnline.

Kedua-dua lelaki dalam hidup Kendra ini, Hank dan Shawne, merupakan bekas bintang bola sepak Amerika Syarikat, atau pun lebih dikenali sebagai NFL.

Shawne Merriman sebelum ini mewakili San Diego and Buffalo dalam NFL dari tahun 2005 sehingga 2012. Manakala Hank Baskett pula pernah bermain untuk Minnesota Vikings, Philadelphia Eagles dan Indianapolis Colt





No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...