Saturday, 20 July 2013

cerita terkini.....................

Abby Abadi Sudah 12 Hari Nikah Dengan Farhan?



KL, 19 JULAI 2013: Kalau Ashraf Muslim sudah berkahwin selama 6 hari yang lalu di Bangkok, si pelakon Abby Abadi yang juga bekas isteri Norman Hakim pula khabarnya sudah menikah selama 12 hari yang lalu. Dengan siapa gembol tak tahu, tapi si lelaki tu khabarnya lebih muda daripada Abby Abadi dan sangat kacak orangnya. Abby sendiri yang maklumkan perkara ini di dalam laman instagramnya. Pernikahan yang tidak tahu di mana tempatnya itu berlangsung setelah Abby Abadi mengenali jejaka kacak ini selama 2 minggu. Amboi cepatnya! Tapi, barangkali sudah jodohkan diaorangkan. Apapun, gembol sekalian mengucapkan tahniah buat Abby abadi di atas pernikahannya dengan si jejaka kacak itu yang bernama Farhan itu. Amboi, patutlah Abby Abady dah makin diam di twitternya sekarang ini ya? bak kata pepatah jodoh tidak mengenal usia muda atau tua kalau dah jodoh kahwin jua..............taniah abby semoga kekal hingga hujung nyawa...................
[Continue reading...]

Wednesday, 17 July 2013

Gadis Koma Setelah Dibakar Teman Lelaki



“Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal. Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur. Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama. Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.
[Continue reading...]

Bandar Urut & Seks, Puchong Kini Ibarat Hatyai



Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa. Tinjauan di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah. Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks. Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks. Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.
[Continue reading...]

Rumah Sharifah Shahira Kena Rompak




Penjenayah yang terdesak tidak kira rumah siapa yang hendak dipecah masuk dan terbaharu, rumah artis popular, Sharifah Shahira atau Shira di Taman Melawati menjadi mangsa perompak yang melarikan sejumlah mata wang asing dan barang kemas bernilai RM1,500 semalam. Kejadian tersebut disedari Shira ketika dia bersama suaminya, Ijoy Azhari pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi selepas menjalani sesi penggambaran di Miri, Sarawak. Ketika kejadian, tiga anaknya berusia antara tiga hingga lapan tahun berada di tingkat bawah kediaman berkenaan bersama pembantu rumah. Shira berkata, dia yang keluar rumah pada pukul 7.30 pagi kelmarin terkejut apabila mendapati pintu balkoni di bilik tidur utamanya di tingkat atas telah diumpil. Katanya, pemeriksaan mendapati sejumlah mata wang asing dan barang kemas miliknya telah dilarikan. “Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan tidak disedari pembantu rumah yang ketika itu berada di tingkat bawah bersama tiga anak saya. “Suspek dipercayai memecah masuk rumah saya dengan memanjat balkoni tingkat atas rumah sebelah,” katanya ketika dihubungi semalam.
[Continue reading...]

(GAMBAR) Awek Cun Jadi Tok Mudim????




Kami tidak tahu di negeri manakah proses bersunat atau berkhatan ini berlaku. Kami hanya mengutip dari sebuah blog yang tidak kurang hebatnya dengan cerita-cerita pelik di dalam dunia ini. Sengaja kami mahu kongsikan bersama pembaca-pembaca di sini andainya ianya berlaku di Malaysia, bagaimana pula keadaannya ya? Ada yang nak bersunat kali kedua? Biar betul…!











[Continue reading...]

IZZUE ISLAM DAN ISTERI KE THAILAND UNTUK ROMANTIKAYA RAYA.

Khabarnya, pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang melangsungkan pernikahan 2 Jun lepas ialah pasangan yang romantis. Jadi, mungkin romantis ini yang ingin diabadikan dalan rancangan Romantika Raya yang bakal ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.




Penggambaran bagi rancangan ini dijalankan di Thailand dan berkisar mengenai perjalanan mereka selama 4 hari. Izzue yang makin terkenal sejak berlakon dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia yang disiarkan di Slot Zehra TV3 memang nampak romantik dalam set gambar ini, begitu juga dengan Awin Nurin yang juga pengurus kerjayanya.
Lagi empat gambar dengan membaca entri sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CST Production.




[Continue reading...]

Iqram Dinzly akui terkilan tahu Fauziah Gous bertunang.

Dengan tidak berselindung lagi, pelakon dan pengacara Iqram Dinzly mengaku kepada mStar Online yang dirinya terkejut sebaik saja mengetahui tentang kisah pertunangan Fouziah Gous dengan Md Zhafran Md Yusof. Ini kerana dia tidak menyangka yang wanita itu mempunyai kekasih hati.

Tambah Iqram, dia hanya mengetahui tentang pertunangan tersebut dua minggu sebelumnya melalui media. Katanya:- Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya. Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah. Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam. Menurut Iqram lagi, dia tidak lagi berhubung dengan Fouziah sejak wanita itu melangsungkan pertunangan. Iqram turut mendoakan kebahagian Fouziah, dan menafikan tubuhnya makin kurus kerana ‘makan hati’ dengan pertunangan tersebut. Sebaliknya, badan Iqram susut kerana sibuk bekerja, tambahan pula sekitar Februari, dia menjalani penggambaran sebuah drama selama dua bulan di Singapura. Iqram Dinzly kacak orangnya dan pandai memasak pula. Rasanya tidak sukar beliau mencari pengganti. Kata orang, ada banyak ikan dalam laut. Kann?
[Continue reading...]

Tuesday, 16 July 2013

Kisah Mayat Kaki Zina Dihurung Langau




Dipercayai akibat gemar berfoya-foya dengan wanita di Thailand, jenazah seorang pendulang emas bukan sahaja dihurung langau, malah liang lahadnya turut digenangi air. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebuah kampung di Kemaman, Terengganu yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah Musa berkata, kejadian yang berlaku pada 11 tahun lalu itu benar-benar menginsafkan. Menurutnya, pendulang emas berusia 52 tahun ketika itu yang juga peneroka tinggal berdekatan dengan rumahnya, meninggal dunia selepas terjatuh dalam tandas ketika sedang minum di sebuah kedai makan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi. “Apabila mendapati arwah tidak keluar dari tandas, pelayan kedai itu pergi memeriksa sebelum menemui arwah terbaring dengan mulut berbuih. Kes dilaporkan kepada polis, namun polis mengesahkan tiada unsur jenayah. “Walau telah dilap, buih pada mulut arwah masih keluar dan ketika memandikan jenazahnya, secara tiba-tiba, datang beberapa langau dan menghurungnya,” katanya yang membantu memandikan jenazah. Bercerita lanjut, katanya, kerja-kerja pengebumian sedikit terganggu apabila liang lahad yang digali digenangi air kerana hujan lebat turun selepas selesai kerja-kerja menggali kubur dilakukan penduduk. “Jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 5 petang. Air dalam liang lahad waktu itu paras lutut. Biarpun ditimba berkali-kali, tetapi air tidak berkurang dan kami terpaksa juga semadikan jenazah dalam keadaan begitu,” katanya. Kata Abdullah, sepanjang hayat, arwah hidup mewah kerana dia pakar mendulang emas, selain memperoleh hasil dari ladang kelapa sawit yang diusahakannya. Difahamkan, setiap kali mempunyai wang banyak, arwah akan pergi berhibur ke Selatan Siam selama beberapa hari dan pernah mengajak penduduk kampung untuk pergi berhibur bersama samanya. “Apabila orang kampung tanya buat apa pergi ke Thailand, arwah cakap nak cari ‘mek’,” katanya sambil memberitahu perkongsian pengalaman itu bukan untuk mengaibkan sesiapa, sebaliknya untuk dijadikan pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya dapat menghindari perbuatan yang ditegah apatah lagi pada Ramadan yang mulia ini.
[Continue reading...]

KESIANNYA ! Wanita Buta Disimbah Asid



Seorang wanita buta kedua-dua belah mata dan wajahnya hampir cacat selepas disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali di Mantin dekat sini pada pertengahan Mac lalu. Lebih malang lagi mangsa, Zuhaina Tengkis, 27, turut menanggung kesakitan apabila sebahagian dadanya melecur teruk akibat disimbah cecair bahaya tersebut. Zuhaina yang ditemui di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin dekat sini berkata, kejadian itu berlaku ketika dia keluar ke pekan Mantin dengan menunggang motosikal bersama seorang adik saudaranya. “Kira-kira pukul 9.30 malam ketika kami mahu pulang ke rumah, motosikal yang ditunggangi saya dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal. Sebaik sampai di satu lokasi di Lapang Sasar Mantin, lelaki berkenaan terus memotong motosikal saya dan terus menyapa saya dengan menyebut ‘hai’. Apabila saya menoleh, lelaki itu terus menyimbah sejenis cecair yang mengenai muka dan badan saya,” katanya di sini semalam.
[Continue reading...]

Nora Danish Respon Isu Menunjuk Dalam Solat



Akhirnya tuan punya badan bersuara jua. Pasti Nora Danish sendiri tidak tahan dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Ini semua gara-gara Nora berkongsi gambar dirinya mengerjakan solat terawih menerusi Instagramnya sehingga dikatakan ingin menunjuk-nunjuk. Seperti yang dijangka, memang Nora Danish tiada niat ingin menunjuk-nunjuk. Kata Nora:- Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat. Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang ‘dia’. Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya.


Sukar sebenarnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Kongsi gambar pergi sembahyang kena kritik tak ikhlas. Kongsi gambar keluar malam kena kritik terlalu sosial. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Nasib baik la Nora nie jenis tak kisah sangat. Yang lagi seronok apabila Nora memberitahu hubungannnya dengan Fasha memang sudah baik. Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua. Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula. Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa. Semoga di bulan baik ini, hubungan Fasha dan Nora akan bertambah rapat dan mesra lagi. Nanti hari Raya jangan lupa kongsi gambar anda berdua. Pasti seronok melihat mereka berdua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi Hari Raya. Tak gitu?
[Continue reading...]

Sunday, 14 July 2013

“Dia Masuk Bilik Tidur Dan Menyentuh Kemaluan Saya”




“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15. Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Khamis lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk. “Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya. Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya. “Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang. “Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam kelmarin. “Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang,” katanya. Harian Metro difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam. Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Kluang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan berkata, akan membuat sidang akhbar hari ini.
[Continue reading...]

(GAMBAR) Bantal ‘Montok Dan Menggiurkan’ Khas Untuk Lelaki Gersang!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-ZQlOnY8yNCoUldXCabCVMr8np8i-H5MFoJls1giTAVs6VbaIuzrTngSALMlZHLYcL2Cxbtuga21aORPY8eUSXS3GzF8VSymG6HiOYHmjGAQ3-bjM8HKGh6-fwW3jUD6Hd1rSb208xWk/s1600/almohada-tetasss-2.jpg

Jepun dikenali sebuah negara yang melahirkan rakyat yang rajin, kreatif dan berinovasi. Malangnya bukan semua daripada mereka menggunakan kelebihan yang ada itu dengan tujuan yang baik, ramai juga yang mengambil kesempatan itu untuk menghasilkan produk serta barangan yang merapu dan entah apa-apa. Antaranya bantal ini. Mereka telah mencipta sejenis bantal menyerupai tubuh wanita yang mempunyai susuk yang menggiurkan. Bantal itu kononnya bagi membolehkan pembeli membayangkan kekasih mereka dan seterusnya ‘meramas dan menggomol’ bantal itu semahu-mahunya. Katanya bantal seumpama ini dah boleh dibeli di negara jiran kita. Jadi tak mustahil suatu hari nanti kat pasar malam rumah kita pun dah bantal macam ini. Dengan faktor cuaca yang sejuk dan hujan yang tak henti turun, rasanya ada potensi untuk SOLD OUT!








[Continue reading...]

Video Permohonan Maaf Alvin Tan - Vivian Lee VIDEO ALVIN - VIVIAN MOHON MAAF

Blog Gembol Gempak diberitakan yang pasangan porno Malaysia iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee telah membuat video permohonan maaf kepada masyarakat Islam yang tersinggung dengan gambar poster mereka yang mengajak orang Melayu Islam berbuka puasa dengan makanan Bak Kut Teh iaitu Sup Babi dengan logo Halal Jakim. Adakah mereka betul-betul ikhals memohon maaf? Adakah mereka akan mengulangi lagi perbuatan dengan pelbagai penghinaan yang dibuat untuk menarik perhatian masyarakat Malaysia?



Alvin+Tan+-+Vivian+Lee+Hina+Islam

Facebook Page Alivi Ditutup Terus Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, atau lebih dikenali dengan panggilan Alivi, terus menutup akaun laman sosial Facebook mereka buat selama-lamanya selepas memuat naik posting kontroversi 'Selamat Berbuka Puasa' baru-baru ini. Posting berkenaan telah menimbulkan kemarahan pelayar internet, masyarakat Islam dan bukan Islam, apabila pasangan berkenaan memaparkan sekeping gambar mereka sedang makan bak kut teh (hidangan daging babi). Facebook Twitter Alvin - Vivian Dikutuk Masyarakat Malaysia Dalam akaun Twitter milik pasangan tersebut, @AlviviSwingers, mereka memaklumkan bahawa akaun Facebok tersebut terpaksa ditutup selepas mereka menerima 'kritikan dan maklumbalas yang negatif daripada pengujung laman web tersebut. Pasangan berkenaan turut menggunakan bahasa kasar dalam tweet yang berikutnya, mereka menyalahkan orang awam, media dan pihak pentadbir akaun Facebook ekoran penutupan akaun mereka.



Gambar+Video+Alvin+Tan+-+Vivian+Lee+Mohon+Maaf

Pasangan Alvin Vivian Biadap & Kurang Ajar Kurang daripada 24 jam selepas mereka memuat naik gambar kontroversi berkenaan, pasangan tersebut menerima lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan yang disifatkan biadap dan tidak peka terhadap sentsitivi masyarakat Islam di Malaysia. Terdahulu Tan memberitahu The Star mereka memuat naik gambar berkenaan, tanpa sebab munasabah dan sekadar satu bahan guraan. Selepas mendapat kritikan yang negatif, mereka memuat naik gambar yang baru pada Jumaat, dengan memaparkan 'hidangan babi' tersebut disorokkan dibelakang makanan halal. Kapsyen gambar tersebut turut diubah daripada "Selamat Berbuka Puasa" kepada "Ampunkanlah Kami". Pada Oktober tahun lalu, pasangan ini turut memuat naik rakaman video diri mereka mengadakan hubungan seks.
Gembol Gempakberharap isu berkenaan hina masyarakat Islam berbuka puasa dengan bak kut teh oleh pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee ini selesai. Adakah pasangan porno ini akan insaf? Penulis tidak pasti, berkemungkinan isu mengenai Alvin dan Vivian ini timbul lagi dikemudian hari, entah pasangan ini hendak buat apa pula selepas ini.
[Continue reading...]

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...