Sunday, 23 June 2013

Percintaan Hanez Suraya – Awi Rafael Gagal?

Untitled22 Percintaan Hanez Suraya – Awi Rafael Gagal??

Alasan tidak mahu peminat kecewa menjadi faktor mengapa Hanez Suraya tidak mendedahkan kepada umum selama ini hubungannya dengan penyanyi, Awi Rafael dilanda masalah. Bagaimanapun selepas Awi terus mendiamkan diri, Hanez mungkin berasakan situasi ini tidak adil buatnya dan terpaksa akur hubungan mereka tidak mungkin berjaya buat masa ini. Antara yang dipetik Hanez adalah cita-cita tinggi Awi dalam karier yang turut mempengaruhi situasi tersebut. Begitu pun, dia menyatakan tiada permusuhan antara mereka dan dia akan menjadi orang paling gembira jika Awi kian berjaya selepas ini.
[Continue reading...]

GEMPAR! PELAJAR MALAYSIA KEMALANGAN DI JORDAN MENINGGL DUNIA



Pelajar Malaysia Kemalangan di Jordan Meninggal Dunia | Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 – 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan. Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk

.

Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat. Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan.Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat. Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan

.
[Continue reading...]

Pelik:Bayi Tujuh Bulan Ditumbuhi Ekor

                                       Untitled31 Pelik:Bayi Tujuh Bulan Ditumbuhi Ekor

Seorang ibu di wilayah Guangdong merayu pakar perubatan agar mengubati bayi lelakinya yang berusia tujuh bulan, yang mempunyai ekor di belakangnya. Ekor sepanjang tiga inci itu melekat di belakang Xiao Wei dan ia bertambah panjang. Menurut wanita itu, Chen, dia telah meminta bantuan daripada pakar bedah untuk membuang ekor tersebut, namun mereka menyatakan ia bukan satu proses yang mudah. Dalam pada itu, seorang pakar bedah, Huang Chuanping berkata, Xiao Wei lahir dengan keadaan `pemecahan tulang belakang’ menyebabkan pembentukan tulang belakangnya tidak sempurna. “Ekor itu kini semakin membesar dan telah memanjang 10 sentimeter. “Jika kita memotongnya, maka ia akan tumbuh semula. Kita perlu membaiki laluan tulang belakang terlebih dahulu bagi menyekat pertumbuhan ekor tersebut,’’ katanya.
[Continue reading...]

Achey Juara Bintang Mencari Bintang

                        

Nampaknya program Bintang Mencari Bintang sudah terjawab dipemikiran pengundi untuk menentukan siapakah Juara Bintang Mencari Bintang pada tahun ini. Peserta Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dinobatkan sebagai Juara program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) pada konsert akhir program realiti itu yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati di sini Ahad. Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi. Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi. Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000. Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi. Pada malam kemuncak itu, Bocik, Achay, Tapaw dan Titan dikehendaki membuat dua persembahan iaitu secara soli dan bergandibgan dengan sifu masing-masing yang merangkumi tiga minut sketsa komedi dan dua minit nyanyian. Tirai pembukaan konsert akhir BMB dimulakan dengan peserta yang sudah tersingkir iaitu Bowl, Ajo, Awok, Kelawak, Tocai, Gegau, Xoxo dan Big Too dengan mempersembahkan lagu tema BMB serta lagu Goyang Inul bersama One Nation Emcees. Dalam pada itu pelawak Datuk Jamali Shadat, Mat Sentol dan Hamid Gurkha turut membuat penampilan istimewa sebelum keputusan pemenang diumumkan. Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam. Program ini dihoskan oleh Adibah Noor manakala jurinya dibarisi Fauziah Ahmad Daud dab A.R Badul serta Ajai.
[Continue reading...]

Kempen Pelik Tapi Benar

gambar kempen ini...pelik!!..tapi mungkin ada betulnya kan.....apa-apa pun senyum jelah!




                                Pelik tak pelik?

[Continue reading...]

Idea Seni Yang Pelik

Idea seni yang pelik, seni ini bertujuan melihat reaksi masyarakat di kawasan tersebut apabila melihat kesenian yang pelik ini. Antara reaksi mereka, ada yang kehairanan, marah, dan keliru...dan ada juga yang mengambil gambar....! jom kita lihat keseniaan yang pelik ini...





 
[Continue reading...]

Seekor Itik Yang Sengsara Dan Ngeri

Entah sampai bila itik ini boleh hidup, dengan kesengsaraan yang dialaminya.....


Kata orang " alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"....



[Continue reading...]

Pemandu Lori Yang Ngeri



Pemandu lori ini hilang kawalan dan merempu sebuah pagar. Sangat ngeri keadaan pemandu lori ini,walau pun dia dalam keadaan begitu, tapi dia masih hidup…bertuanya pemandu lori ini…





[Continue reading...]

Aksi Budak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5




Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang jatuh dari tingkap tingkat lima sebuah bangunan di China berjaya disambut dan diselamatkan orang ramai yang melalui kawasan itu semalam.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik cemas itu apabila seorang pekerja penghantar di bandar Ninghai mendengar suara tangisan kanak-kanak perempuan dan bergegas ke arah suara itu sebelum mangsa jatuh ke tanah

.Ibu bapa kanak-kanak yang dikenali sebagai Qiqi itu meninggalkannya sendirian di rumah ketika dia sedang tidur.Tetapi kanak-kanak itu bangun dan memanjat keluar ke birai tingkap.Dia terjgelincir dan terjuntai setinggi 18.3 meter di atas jalan raya sebelum terjatuh.

 
[Continue reading...]

Keluarga Rahsia Ahmad Dhani



Selama ini ramai tertanya-tanya adakah benar anak yang dilahirkan Mulan Jameela, anggota kumpulan Dewi merupakan anaknya bersama penyanyi dan pemuzik, Ahmad Dhani.Bayi perempuan yang diberikan nama Safeea itu bagaimanapun tidak pernah diakui secara langsung oleh Ahmad Dhani merupakan anaknya

.Bagaimanapun 16 Jun lalu Mulan, Safeea dan Ahmad Dhani dipotret bergambar bercuti bersama di Hong Kong. Apa yang menarik percutian itu turut disertai anak Ahmad Dhani hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Maia. Gambar ini tersebar apabila penyanyi, Shanty, yang menjadi ‘tour guide’ keluarga Ahmad Dhani di sana memuat naik gambar ini di akaun Twitter miliknya.

Nampaknya Ahmad Dhani sudah seakan membiarkan cerita sebenar terbuka sedikit demi sedikit tentang keluarga ‘misterinya’ tanpa perlu mengeluarkan sebarang kenyataan jelas.
[Continue reading...]

Gambar Cikgu Yang 'Menonjol' Menjadi Kontroversi Di Singapura.

Gambar Cikgu Yang 'Menonjol' Menjadi Kontroversi Di Singapura. Seorang guru di salah sebuah sekolah Singapura telah menjadi perbualan orang ramai apabila beberapa gambarnya yang terlampau 'menonjol' tersebar di Internet. Sehingga kini, orang masih menyiasat samada gambar tersebut dimuat naik dirinya atau orang lain. Read more: http://ceritaapakah.blogspot.com/2013/01/gambar-cikgu-yang-menonjol-menjadi.html#ixzz2X1PvnYQg







[Continue reading...]

Perkembangan Terkini Perhimpunan Black 505 Di Lokasi



Betul betul panas petang Sabtu ini dimana Sekumpulan Parti Pembangkang cuma membuat Perhimpunan Black 505 berikutan ketidakpuas hatian tentang keputusan pilihanraya baru baru ini. Berikut adalah kronologi perhimpunan Black 505 dari Masjid Negara di sini: 3.20 petang: Separuh daripada kawasan Padang Merbok dibanjiri para peserta himpunan. 3.00 petang: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai tiba di Padang Merbok. 2.58 petang: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bersama-sama sebahagian besar peserta himpunan tiba di Jalan Parlimen, bersebelahan dengan Padang Merbok. 2.46 petang: Sekumpulan Unit Amal PAS menjaga laluan di sepanjang Jalan Parlimen ke arah Padang Merbok. 2.40 petang: Sepanjang jalan dari arah Masjid Negara, Dayabumi sehingga ke Bank Rakyat sesak dengan para peserta himpunan Black 505 untuk menuju ke Padang Merbok. Bagaimanapun, keadaan masih terkawal. Sekumpulan besar peserta di Sogo berarak menuju ke Padang Merbok. – Foto NORAFIFI EHSAN/TheStar. Pasukan anggota polis mengawal keadaan lalu lintas di Jalan Kuching dekat Bank Rakyat. 2.20 petang: Para peserta melaungkan “Reformasi, Hidup Rakyat” sepanjang berarak di Jalan Sultan Hishammudin dekat Masjid Negara. Peserta himpunan kelihatan berkumpul di Masjid Negara. Foto AZHAR MAHFOF/The Star 2.18 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 di Masjid Negara bergabung dengan para peserta yang berarak dari arah Brickfields, untuk bersama-sama menuju ke Padang Merbok. 2.14 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 bersiap sedia untuk berarak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur. 2.12 petang: Para peserta melaungkan slogan “Hidup, hidup rakyat. Hancur, hancur kezaliman. Turun (letak jawatan), turun Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR

.

2.10 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Taman Templer, Zaidi Abdul Talib turut memberi ucapan di hadapan para penyokong di perkarangan Masjid Negara. 2.03 petang: Ucapan diikuti oleh Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Zulkefly Ahmad. 1.58 tengah hari: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman memberi ucapan di hadapan para peserta di perkarangan Masjid Negara.1.08 tengah hari: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tiba di perkarangan Masjid Negara. 12.25 tengah hari: Semakin ramai mula membanjiri perkarangan Masjid Negara. Hampir kesemua mereka berpakaian hitam. Keadaan di sini masih terkawal. 10.17 pagi: Sekumpulan anak muda membawa beberapa kepingan kadbod yang antaranya tertera perkataan “SPR Sila Letak Jawatan”, Democracy Is Dead” dan “SPR Should Resign”

.

10 pagi: Jalan Sultan Hishammuddin di hadapan Masjid Negara mulai sesak. Difahamkan jalan di Dataran Merdeka ditutup. 9.50 pagi: Sejumlah kecil penyokong Black 505 kelihatan duduk di kawasan sekitar perkarangan Masjid Negara. Lebih 20 gerai beroperasi di tepi jalan sekitar Ma
[Continue reading...]

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...