Saturday 14 September 2013

ARTIS TERKINI KAHWIN.........

KUALA LUMPUR,  SEPTEMBER 2013: Penyanyi, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26, akhirnya sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohamad Khairi, 28, dengan sekali lafaz afaz, sekitar jam 12.06 tengahari tadi.

Majlis akad nikah telah berlangsung secara sederhana di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Pasangan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaiti Mohamad Khairi Abu Hassan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Alkhatab, Bukit Damansara iaitu Mohamad Syukri Yaacob.

Naquia Yasirah atau lebih mesra dengan panggilan Chira Khairi menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12 000.

Selain itu, Black menyarungkan sebentuk cincin kepada isterinya serta menyerahkan 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa set penjagaan diri Bvalgari, beg tangan jenama Channel, set alat solek Lunasol kanebo, sepasang telekung, Ipad mini, kain pasang dan sepasang kasut Charles & Keith. Chira kemudian membalas dengan 9 dulang hantaran.

Kredit foto Faisol Mustafa.



Majlis diadakan dengan sederhana dan meriah dengan dihadiri seramai kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat , media dan sahabat handai.

Black dan Chira telah mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dan majlis diadakan secara rahsia.

Chira merupakan anak saudara kepada Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan iaitu suami kepada Datin Paduka Umi Aida.

Majlis resepsi pasangsn ini akan berlangsung keesokan harinya iaitu 14 September bertemakan ala Taman Inggeris di lokasi yang sama.
[Continue reading...]

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...