Tuesday, 15 October 2013

mayat dijumpai rentung di seremban

SEREMBAN 15 Okt. - Mayat seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sebuah ladang kelapa sawit dekat Enstek di sini pagi tadi.
Mayat tanpa identiti pengenalan diri itu ditemui oleh seorang penduduk yang secara kebetulan melalui kawasan terbabit kira-kira pukul 10 pagi tadi dan sehingga kini pihak polis sedang melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan

[Continue reading...]

Sunday, 13 October 2013

How to choose a boyfriend based on his shoes

How-to-choose-a-boyfriend-based-on-his-shoes/
Men and fashion aren’t exactly a match made in heaven. However did you know that a man’s shoes can say a lot about him? This can be an extremely helpful tell-tale sign before deciding to go out with a man, hence avoiding disastrous first dates!

 Timberland boots

I love a man in classic, tanned Timberland boots. He’s usually a guy who loves outdoor activities, macho to boot (no pun intended), laid back, drives a Range Rover Evoque (bonus points, since that’s our dream car!). His idea of a perfect date would probably be a rap concert and getting to know each other intimately. A man who chooses Timberland boots is loyal and long lasting just like his shoes. Fights are common, but we always find a way around them, like the kind of relationship Jay Z and Beyonce have.

 Converse

A simple guy who’s loved everywhere he goes. Just like a trustworthy pair of Converse shoes, this guy makes the perfect type to bring home and meet the parents cause he makes us comfortable in our skin, he understands us and he’s down to earth. Dudes in Converse shoes usually have creative jobs, are very artistic, probably rock stars with a sensitive side.

 Hipster shoes

Uh, I’d rather not comment. Hipster shoes have the tendency to look like girly shoes, from certain angles. So Urban Dictionary defines Hipsters as those who can’t be labelled, with preference to art and individuality. Fact is, the price of your art and individuality can be quite hefty in the Malaysian Hipster industry. Well, you’ll attract your own kind so some Hipster chick out there should dig this.

 Ferragamo, Prada,Gucci dress shoes

Men who choose dress shoes are often spotted in sexy, crisp Ermenegildo Zegna or Hugo Boss suits. Which girl can say no to a man in a suit? Just like his footwear of option, this man is most definitely a boss, drives a fancy car and spends like his father owns this country (most chances are his father is a Dato’). I’ve only got one thing against this type of guy. He treats women like commodity, easily bought and tossed aside when something better or tighter comes up.

 Puma shoes

Only Cristiano Ronaldo wannabes who think of nothing more than body building and tanning would choose Puma shoes. Yes, they’re comfortable sports shoes, yet I don’t think I could sit and have a conversation with this kind of guy. If you’re a gym bunny too, then you’ll have more in common. Have gym dates too!


Nike, Jordan,Adidas sneakers

First things first, if you’re going to wear sneakers, don’t pair them with khaki pants or a polo shirt unless you’re my dad.

Other than that, sneakers reflect a man who is kind and reliable. If you have any unresolved issues, sneaker man will listen and try and solve them for you. So he dresses like your dad, but at the end of the day, you do seek solace in father figures (but don’t go dating random old men because not all of them are father figures).
Slippers
Unless you’re going to the mosque for prayers, I would strongly advise against wearing slippers or flip flops. It’s not low maintenance, darling, it’s just being lazy. Girls don’t like lazy boys
[Continue reading...]

Wanita nyaris maut ditembak di kawasan lampu isyarat

Wanita-nyaris-maut-ditembak-di-kawasan-lampu-isyarat/
KOTA BAHARU, (Bernama) -- Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, semalam.
 Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.
"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu. Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Baharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu. Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.
"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil. Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya.
[Continue reading...]

Miss Universe mungkin dipenjarakan!

Miss-Universe-mungkin-dipenjarakan/
Ingat lagi kontroversi penggambaran di Taj Mahal melibatkan wanita tercantik dunia, Miss Universe 2012, Olivia Culpo? Berdasarkan undang-undang, sebarang aktiviti komersial adalah dilarang sama sekali di kawasan Taj Mahal.
Kini setelah pihak berkuasa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang, Olivia dan pihak lain yang turut terlibat dengan penggambaran tersebut mungkin berhadapan dengan hukuman penjara selama dua tahun dan denda 100,000 rupee. Olivia, 21 tahun, mengeluarkan kenyataan baru-baru ini bahawa beliau asalnya tidak mahu melakukan penggambaran kontroversi tersebut dan rasakan ia tidak sesuai.
“Ia lebih mengecewakan kerana saya sukakan lawatan saya ke India dan ingin kembali dalam masa terdekat,” tambah Olivia. Mungkin pihak berkuasa akan memberikan amaran terdahulu? Biar apapun keputusan, kita doakan yang terbaik untuk Olivia.
[Continue reading...]

3 Sebab perlu naik LRT

3-Sebab-perlu-naik-LRT/
Sakit hati menunggu dalam kesesakan lalu lintas? Jangan begitu. Dengan pelbagai pengangkutan awam yang disediakan zaman kini, anda juga tidak perlu sakit jiwa dalam kereta. Di samping mengurangkan tekanan, mari kita lihat sebab lain untuk anda menggunakan pengangkutan awam!

 Jay Z naik tren 

Bukan canang-canang orang naik tren. Penyanyi rap, suami kepada Beyonce dan lelaki terkaya Forbes, Jay Z pun naik tren. Beliau menghargai masa, dan anda juga perlu begitu. Baru-baru ini bukan setakat Jay Z sahaja yang naik tren di London, malah teman seperjuangan beliau, Chris Martin (penyanyi utama kumpulan Coldplay) dan Timbaland turut bersama beliau di atas tren.

 Mungkin boleh bertemu jodoh atas keretapi

Baiklah mungkin saya tengok terlalu banyak filem Bollywood, namun pasti ada kebenarannya. Takkanlah semua filem Bollywood tak logic, terutamanya yang melibatkan pelakon paling kacak di India, Shah Rukh Khan. Kalau rajinkan diri naiki keretapi, mana tahu boleh bertemu jodoh dengan lelaki yang sama kacak dengan Shah Rukh!

Boleh lakukan kerja sambil menunggu sampai ke destinasi 

Anda boleh memandu sambil taip tugasan? Semestinya tidak boleh, nanti terlanggar pula kereta di hadapan. Untungnya naiki pengangkutan awam, boleh siapkan kerja-kerja sementara menunggu sampai ke tempat yang dituju. Bagi pelajar lagi seronok, sempat belajar sebelum kuiz, tambahan lagi kalau sebelum itu tidak sempat baca langsung!
[Continue reading...]

Tahniah! Raja Azmi Dan Eddie Selamat Di Ijabkabulkan Dengan Sekali Lafaz.

sekali lafaz raja azmi  eddie sah bergelar suami isteri
Hanya dengan sekali lafaz, produser filem penuh kontroversi, Raja Azmi selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Mohd Eddie Ghazali, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Laman Beringin, Istana Budaya, sebentar tadi.
 Raja Azmi atau nama sebenarnya, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, bersama Eddie, 45, yang merupakan pemain bass kumpulan CRK telah diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Wan Ismail Wan Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM 300 beserta seutas gelang dan senaskah Al-Quran. Raja Azmi telah berwalikan abang sulungnya, Raja Azman Raja Sulaiman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin Raja Sulaiman dan menantunya, Mohamad Shadan Hashim.
 Majlis akad nikah itu telah berlangsung di sebuah pelaminan yang dihias cantik di dalam gazebo yang terletak indah di Laman Beringin, IstanaBudaya. Terdahulu pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran, mas kahwin dan gelang tangan emasp utih, berbalas dengan 3 dulang hantaran berupa manis-manisan seperti cokelat, cookies dan jeli daripada pihak pengantin perempuan.
 Sebelum majlis nikah dimulakan, Eddie terlebih dahulu telah diarak masuk oleh tiga pengapit iaitu anak sulungnya, Mohd Daniel serta dua orang anak saudaranya, Mohd Khairulanwar Md Isa dan Muhammad Syazuwan Abdullah beserta iringan tiga penari Istana Budaya. Manakala Raja Azmi pula diarak masuk tiga pengapitnya iaitu penyanyi Salamiah Hassan, anak perempuan keduanya, Puteri Suaida serta anak saudaranya, Raja Azzrine Raja Azizdin beserta iringan tiga penari wanita Istana Budaya.
 Upacara membatalkan air sembahyang dilakukan sejurus selepas itu setelah Eddie menyarungkan gelang emas putih ke tangan Raja Azmi.
[Continue reading...]

GOSIP CURANG DENGAN ISTERI BUAT FAUZI NAWAWI RASA MALU

gosip curang dengan isteri buat fauzi nawawi rasa malu
Aktor Fauzi Nawawi akui yang dia berasa malu dengan gosip yang tersebar kononnya dia mempunyai skandal dengan pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) iaitu Noni.
Laporan mStar Online hari ini memetik, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 40, berkata, dia terkejut kerana masih ada isu-isu skandal dikaitkan dengannya termasuklah berlaku curang dengan isteri,Lisdawati. Fauzi juga dalam kenyataannya meminta semua pihak supaya berhenti dari menyebarkan khabar angin sebegini kerana pada usia mencecah 40tahun, perkara sebegini adalah amat memalukan dirinya.
"Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya. "Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk AquaTerapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd," katanya yang dihubungi mStar Online, semalam.
Sebuah akhbar semalam telah melaporkan Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin mempunyai skandal dengan Fauzi selepas mereka berkenalan rapat. Bagaimanapun Noni menjelaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar kerja selain menjadi anak didik kepada pelakon itu yang banyak membimbingnya mengenai dunia seni hiburan tempatan. Fauzi dalam kenyataan lainnya pula berkata dia hairan bagaimana wartawan yang mengeluarkan berita tersebut mendapat sumber berkenaan. Malah aktor tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya.
"Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti. "Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk. "Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius?
Saya harap gosip sebegini dihentikan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan," tegas Fauzi.
[Continue reading...]

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...