Sunday 13 October 2013

Tahniah! Raja Azmi Dan Eddie Selamat Di Ijabkabulkan Dengan Sekali Lafaz.

Share it Please
sekali lafaz raja azmi  eddie sah bergelar suami isteri
Hanya dengan sekali lafaz, produser filem penuh kontroversi, Raja Azmi selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Mohd Eddie Ghazali, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Laman Beringin, Istana Budaya, sebentar tadi.
 Raja Azmi atau nama sebenarnya, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, bersama Eddie, 45, yang merupakan pemain bass kumpulan CRK telah diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Wan Ismail Wan Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM 300 beserta seutas gelang dan senaskah Al-Quran. Raja Azmi telah berwalikan abang sulungnya, Raja Azman Raja Sulaiman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin Raja Sulaiman dan menantunya, Mohamad Shadan Hashim.
 Majlis akad nikah itu telah berlangsung di sebuah pelaminan yang dihias cantik di dalam gazebo yang terletak indah di Laman Beringin, IstanaBudaya. Terdahulu pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran, mas kahwin dan gelang tangan emasp utih, berbalas dengan 3 dulang hantaran berupa manis-manisan seperti cokelat, cookies dan jeli daripada pihak pengantin perempuan.
 Sebelum majlis nikah dimulakan, Eddie terlebih dahulu telah diarak masuk oleh tiga pengapit iaitu anak sulungnya, Mohd Daniel serta dua orang anak saudaranya, Mohd Khairulanwar Md Isa dan Muhammad Syazuwan Abdullah beserta iringan tiga penari Istana Budaya. Manakala Raja Azmi pula diarak masuk tiga pengapitnya iaitu penyanyi Salamiah Hassan, anak perempuan keduanya, Puteri Suaida serta anak saudaranya, Raja Azzrine Raja Azizdin beserta iringan tiga penari wanita Istana Budaya.
 Upacara membatalkan air sembahyang dilakukan sejurus selepas itu setelah Eddie menyarungkan gelang emas putih ke tangan Raja Azmi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...