Sunday 13 October 2013

3 Sebab perlu naik LRT

Share it Please
3-Sebab-perlu-naik-LRT/
Sakit hati menunggu dalam kesesakan lalu lintas? Jangan begitu. Dengan pelbagai pengangkutan awam yang disediakan zaman kini, anda juga tidak perlu sakit jiwa dalam kereta. Di samping mengurangkan tekanan, mari kita lihat sebab lain untuk anda menggunakan pengangkutan awam!

 Jay Z naik tren 

Bukan canang-canang orang naik tren. Penyanyi rap, suami kepada Beyonce dan lelaki terkaya Forbes, Jay Z pun naik tren. Beliau menghargai masa, dan anda juga perlu begitu. Baru-baru ini bukan setakat Jay Z sahaja yang naik tren di London, malah teman seperjuangan beliau, Chris Martin (penyanyi utama kumpulan Coldplay) dan Timbaland turut bersama beliau di atas tren.

 Mungkin boleh bertemu jodoh atas keretapi

Baiklah mungkin saya tengok terlalu banyak filem Bollywood, namun pasti ada kebenarannya. Takkanlah semua filem Bollywood tak logic, terutamanya yang melibatkan pelakon paling kacak di India, Shah Rukh Khan. Kalau rajinkan diri naiki keretapi, mana tahu boleh bertemu jodoh dengan lelaki yang sama kacak dengan Shah Rukh!

Boleh lakukan kerja sambil menunggu sampai ke destinasi 

Anda boleh memandu sambil taip tugasan? Semestinya tidak boleh, nanti terlanggar pula kereta di hadapan. Untungnya naiki pengangkutan awam, boleh siapkan kerja-kerja sementara menunggu sampai ke tempat yang dituju. Bagi pelajar lagi seronok, sempat belajar sebelum kuiz, tambahan lagi kalau sebelum itu tidak sempat baca langsung!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...