Peguam Dan Saksi
Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.
Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
Saksi : Kenal tuan.
Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?
Saksi : Itu gambar..., tuan.
Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.
Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.
Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!
Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.
Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)
Saksi : Baru kejap tadi tuan.
Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?
Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.
Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.
Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.
Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)
Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.
Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?
Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.
Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!
[Continue reading...]
Friday, 31 May 2013
Wednesday, 29 May 2013
Cemas! Hukuman Gantung Di Batalkan Saat Lelaki Ini Berada Di Tali Gantung
Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung
.
[Continue reading...]
Nad Zainal AKui Ada Kekasih Tetapi Belum Fikir Soal Kahwin
Nad Zainal AKui Ada Kekasih Tetapi Belum Fikir Soal Kahwin | Pelakon yang lantang bersuara, Nad Zainal mengakui kepada pihak media dirinya sudahpun mempunyai kekasih tetapi belum memikirkan untuk berumahtangga.
"Ya... saya sudah ada kekasih namun buat masa sekarang fokus utama adalah untuk kerjaya dan membahagiakan ibu bapa, lagi pula usia saya masih muda," kata Nad Zainal.
Dalam pada itu, Nad turut menafikan kerana sikapnya yang lantang ketika bersuara menyebabkan ada pihak menganggap dia seorang wanita yang sombong.
"Nada suara saya memang macam ini iaitu lantang kerana mungkin sebab lontaran suara yang sudah dilatih ketika saya belajar seni persembahan teater di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).
"Ditambah dengan rupa saya yang agak garang ramai yang ingat saya ini sukar didekati, dan sombong tapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat," katanya.
Nad Zainal kini sibuk dalam promosi drama Memberku Hawa Musim Ke 2, membawakan watak Kay yang akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria.
[Continue reading...]
GADIS INI NYARIS DI GILIS KERETAPI.
Pelajar perempuan ini nyaris maut kerana hobinya yang suka bergambar berhampiran dengan kereta api yang bergerak laju. Dia sudah melakukan banyak kali perbuatanya dan menerima padah apabila bahunya tergesel dengan kereta api tersebut
.
[Continue reading...]
Monday, 27 May 2013
PELIK? MANUSIA ATAU MAKHLUK ASING.
Pengarah biologi di Stanford Universiti, California, Garry Nolan, melakukan ujian DNA bagi mengenal pasti rangka dipercayai makhluk asing bersaiz 15 sentimeter dijumpai di Chile. Menurutnya, ujian awal mengesahkan, rangka berusia kira-kira enam ke lapan tahun itu bukan dari spesies monyet kerana ia mempunyai gigi dan sembilan tulang rusuk.
Ada gigi dan sembilan tulang rusuk Rangka tersebut dijumpai Oscar Munoz pada 2003 di La Noria, sebuah bandar hantu di Gurun Atacama, dipetik daripada MailOnline.
IZARA AISHAH MAHU MAJLIS PERKAHWINAN YANG SEDERHANA.
KUALA LUMPUR – Berbicara mengenai alam perkahwinan, pelakon cantik, Izara Aishah, 21, yang tidak pernah berahsia dirinya sudah berpunya ini menjelaskan, dia belum ada perancangan ke arah itu. Tetapi andai satu hari nanti hari bersejarah itu tiba, cukup dengan majlis sederhana di mana akad nikah dan persandingan diadakan pada hari sama. "Tidak perlu berhabis untuk majlis perkahwinan kerana kehidupan selepas itu banyak nak pakai duit. Saya nak kereta, pergi berbulan madu, membeli-belah dan buat macam-macam lagi yang menuntut perbelanjaan tinggi. "Yang boleh saya fikir sekarang, hanya mahu majlis sederhana di satu dewan besar dan dekorasinya putih bersih. Itu sekadar impian, yang berlaku nanti kita tidak tahu," katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini. Mengaku berpunya tetapi lebih selesa merahsiakan identiti kekasih, Izara akui hubungan yang terjalin sejak mereka di tingkatan dua itu melalui fasa yang membahagiakan. "Keluarga dia kawan keluarga saya. Apabila keluarga selalu berkumpul, bermulalah bibit cinta antara kami. "Syukur hubungan kami lancar, malah kami saling memahami," jelas Izara. Sejurus usai pembikinan filem Sejoli, Izara terikat dengan drama Oh My English musim kedua dan bakal menjalani penggambaran filem Pilot Cafe juga arahan Osman yang dijangka mengambil masa 45 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak...
-
Semalam MynewsHub berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang wartawan yang sedang melakukakan ‘standupper’ di India telah dibuang ke...
-
Jepun dikenali sebuah negara yang melahirkan rakyat yang rajin, kreatif dan berinovasi. Malangnya bukan semua daripada mereka menggunakan...
-
Blog Gembol Gempak diberitakan yang pasangan porno Malaysia iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee telah membuat video permohonan maaf kepada masyar...
-
Payudara merupakan khazanah yang amat berharga bagi setiap wanita dan setiap wanita mempunyai bentuk payudara yang berlainan. Saiz dan be...
-
Beliau adalah bekas teman wanita Balotelli, penyerang pasukan Manchester City. Kandungannya yang berusia 6 bulan itu dikhabarkan milik pen...
-
Bekas model Playboy, Kendra Wilkinson dipercayai bersikap curang terhadap suaminya selama empat tahun, Hank Baskett. Menurut laman web Ra...
-
“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin...
Designed By Templateism | Seo Blogger Templates