Wednesday, 29 May 2013
Nad Zainal AKui Ada Kekasih Tetapi Belum Fikir Soal Kahwin
Nad Zainal AKui Ada Kekasih Tetapi Belum Fikir Soal Kahwin | Pelakon yang lantang bersuara, Nad Zainal mengakui kepada pihak media dirinya sudahpun mempunyai kekasih tetapi belum memikirkan untuk berumahtangga.
"Ya... saya sudah ada kekasih namun buat masa sekarang fokus utama adalah untuk kerjaya dan membahagiakan ibu bapa, lagi pula usia saya masih muda," kata Nad Zainal.
Dalam pada itu, Nad turut menafikan kerana sikapnya yang lantang ketika bersuara menyebabkan ada pihak menganggap dia seorang wanita yang sombong.
"Nada suara saya memang macam ini iaitu lantang kerana mungkin sebab lontaran suara yang sudah dilatih ketika saya belajar seni persembahan teater di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).
"Ditambah dengan rupa saya yang agak garang ramai yang ingat saya ini sukar didekati, dan sombong tapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat," katanya.
Nad Zainal kini sibuk dalam promosi drama Memberku Hawa Musim Ke 2, membawakan watak Kay yang akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak...
-
Semalam MynewsHub berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang wartawan yang sedang melakukakan ‘standupper’ di India telah dibuang ke...
-
Jepun dikenali sebuah negara yang melahirkan rakyat yang rajin, kreatif dan berinovasi. Malangnya bukan semua daripada mereka menggunakan...
-
Payudara merupakan khazanah yang amat berharga bagi setiap wanita dan setiap wanita mempunyai bentuk payudara yang berlainan. Saiz dan be...
-
Blog Gembol Gempak diberitakan yang pasangan porno Malaysia iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee telah membuat video permohonan maaf kepada masyar...
-
Beliau adalah bekas teman wanita Balotelli, penyerang pasukan Manchester City. Kandungannya yang berusia 6 bulan itu dikhabarkan milik pen...
-
Bekas model Playboy, Kendra Wilkinson dipercayai bersikap curang terhadap suaminya selama empat tahun, Hank Baskett. Menurut laman web Ra...
-
“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin...
Designed By Templateism | Seo Blogger Templates
No comments:
Post a Comment