
Tuesday, 30 July 2013
Ning Dedah Privacy Rumahnya Dalam Romantika Raya

Nora Danish Henti Jual Bedak Sejuk

Nora Danish Henti Jual Bedak Sejuk | Pelakon Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’ kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar. Nora, 30, berkata selain daripada itu dia kecewa apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya bagi menjual produk yang sama. “Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar. “Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama,” katanya Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar. “Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar. “Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik,” ujarnya.
Erma Fatima Bukan Sengaja Cetuskan ‘Pergaduhan’

Erma Fatima Bukan Sengaja Cetuskan ‘Pergaduhan’ | Penerbit dan pengarah filem Erma Fatima mengakui berasa sedih apabila sering dianggap sebagai wanita ‘kaki gaduh’ termasuklah dalam kejadian terbaharu melibatkan Rabecca Nur Al-Islam. Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad, 45, berkata, pergaduhan yang tercetus itu bukannya sengaja diada-adakan, tetapi dia mempunyai sebab tersendiri mengapakah peristiwa sedemikian boleh berlaku. “Seperti yang anda tahu, saya seorang yang lantang bersuara dan suka berterus terang. Dan bila tidak suka sesuatu perkara, saya akan cakap. “Kalau di set penggambaran, artis buat kerja tak betul, saya tegur. Begitu juga apabila ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang saya, saya balas pendapat itu jika ada fakta yang salah. “Tetapi lain pula jadinya apabila orang kata saya ini kaki gaduh dan asyik nak cari fasal dengan orang pula,” katanya. Baru-baru ini, Erma dan Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus. Hal tersebut membuatkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu. Bagaimanapun Erma enggan mengulas panjang mengenai kes itu kerana masih dalam perbicaraan. “Kes masih berjalan dan akan ada perbicaraan selanjutnya. Saya juga seorang artis, jadi saya tidak akan buat seperti yang didakwa dia (Rebecca). Selama saya menjadi penerbit drama atau filem perkara seperti ini (tidak bayar pelakon) juga tidak pernah berlaku,” ujarnya. Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh syarikat Erma sendiri iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012. Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak...
-
Semalam MynewsHub berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang wartawan yang sedang melakukakan ‘standupper’ di India telah dibuang ke...
-
Jepun dikenali sebuah negara yang melahirkan rakyat yang rajin, kreatif dan berinovasi. Malangnya bukan semua daripada mereka menggunakan...
-
Blog Gembol Gempak diberitakan yang pasangan porno Malaysia iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee telah membuat video permohonan maaf kepada masyar...
-
Payudara merupakan khazanah yang amat berharga bagi setiap wanita dan setiap wanita mempunyai bentuk payudara yang berlainan. Saiz dan be...
-
Beliau adalah bekas teman wanita Balotelli, penyerang pasukan Manchester City. Kandungannya yang berusia 6 bulan itu dikhabarkan milik pen...
-
Bekas model Playboy, Kendra Wilkinson dipercayai bersikap curang terhadap suaminya selama empat tahun, Hank Baskett. Menurut laman web Ra...
-
“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin...
Designed By Templateism | Seo Blogger Templates