Tuesday, 30 July 2013
Ning Dedah Privacy Rumahnya Dalam Romantika Raya
Ketika artikel ini ditulis, penyanyi hebat yang terkenal dengan suara ala soprano, Ning Baizura barangkali telah pun berada di Birmingham, England bersama suami, Omar Chris Layton Dalton dan anak sulung mereka Ryan Sky Dalton selepas bertolak ke negara itu 25 Julai lalu.
Kepulangan ini khabarnya turut disertai ibu Ning, Puan Stella Abdullah yang mengikuti penyanyi tersebut pulang bertemu keluarga suami Ning sempena kesempatan cuti Aidilfitri dan juga cuti musim panas di benua Eropah tersebut.
Namun dia tidak mahu peminat menyalah anggap pemergiannya itu seperti tidak mahu menyambut Syawal di tanahair sendiri sebaliknya memilih untuk terbang beribu batu menyambutnya di negara orang. Ini semua pengorbanan Ning setelah bergelar isteri kepada jejaka British sejak 2008 itu.
"Harap peminat dan masyarakat janganlah ingat saya tidak mahu menyambut Aidilfitri di Malaysia. Ini semua demi memberi peluang kepada suami saya untuk bertemu anak-anaknya yang kini bercuti musim panas.
"Setiap tahun dia dan anak-anak mempunyai masa ketika cuti musim panas ini sahaja untuk bertemu dan melepaskan rindu. Sebagai isteri serta ibu, saya faham perasaan suami dan anak-anak lagipun kepulangan kami kali ini lebih bermakna dengan kehadiran Ryan.
"Walaupun saya beraya tanpa juadah raya tetapi kunjungan daripada ahli keluarga Omar yang teruja untuk bertemu Ryan pasti akan mewujudkan kemeriahan yang dapat mengubat kerinduan saya menyambut Syawal.
"Mujur kali ini ibu saya ikut saya pulang ke England, tidaklah terasa sangat sayu beraya di perantauan,"cerita Ning Baizura ketika ditemui pada majlis berbuka puasa amal bersama Rumah Lambaian Kasih yang juga majlis sidang akhbar konsert Pelangi Untukmu di TM Convention Centre, Bangsar, Kuala Lumpur.
Sungguh pun berjauhan dan tidak dapat meraikan Syawal di Malaysia, Ning Baizura memberitahu bahawa dia lega dan puas kerana dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai selebriti serta rakyat Malaysia yang prihatin dengan aktivti-aktiviti amal sebelum berangkat ke Birmingham.
"Pada tahun ini saya seronok dan puas kerana sebelum pulang ke England saya dapat menjayakan pelbagai program-program untuk hari raya serta aktiviti amal seperti rakaman program Aidilfitri di Astro seperti Juadah Raya dan Romantika Raya, berbuka puasa dan bersahur bersama golongan yang kurang bernasib baik dan banyak lagi.
"Menariknya Romantika Raya yang mesti penonton harus tonton kerana ini adalah kali pertama saya membuka pintu kepada produksi untuk merakamkan rumah saya. Ini atas permintaan peminat yang sudah lama ingin melihat kehidupan saya apatah lagi setelah berkeluarga.
"Sebelum ini saya tidak pernah berbuat demikian tetapi demi niat saya untuk berkongsi kegembiraan Syawal saya telah merelakan privacy yang saya pegang selama ini untuk tatapan peminat,"ujar Ning mengenai penglibatannya di dalam program-program sempenan Ramadan dan Syawal tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak...
-
Semalam MynewsHub berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang wartawan yang sedang melakukakan ‘standupper’ di India telah dibuang ke...
-
Jepun dikenali sebuah negara yang melahirkan rakyat yang rajin, kreatif dan berinovasi. Malangnya bukan semua daripada mereka menggunakan...
-
Blog Gembol Gempak diberitakan yang pasangan porno Malaysia iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee telah membuat video permohonan maaf kepada masyar...
-
Payudara merupakan khazanah yang amat berharga bagi setiap wanita dan setiap wanita mempunyai bentuk payudara yang berlainan. Saiz dan be...
-
Beliau adalah bekas teman wanita Balotelli, penyerang pasukan Manchester City. Kandungannya yang berusia 6 bulan itu dikhabarkan milik pen...
-
Bekas model Playboy, Kendra Wilkinson dipercayai bersikap curang terhadap suaminya selama empat tahun, Hank Baskett. Menurut laman web Ra...
-
“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin...
Designed By Templateism | Seo Blogger Templates
No comments:
Post a Comment