Thursday, 25 July 2013

ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN KAHWIN DISEMBER INI.






Tidak salah jika kami katakan yang perkahwinan pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan memang di’nanti ramai — tidak kira sama ada peminat atau mereka yang skeptikal dengan hubungan mereka berdua. Jika sebelum ini Rozita Che Wan ada berkata yang mereka akan dedahkan tarikh perkahwinan mereka selepas Aidiltfitri nanti, hari ini timbul pula cerita yang jemputan ke majlis mereka sudah pun beredar. Harian Metro menulis menerusi ruangan gossip mereka yang Zain Saidin & Rozita Che Wan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember tetapi sumber mereka tidak mendedahkan tarikh yang tepat. Pasangan berbeza umur 13 tahun ini khabarnya juga telah memilih Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebagai lokasi pernikahan mereka nanti. Jika benar seperti apa yang di’khabarkan, seperti biasa ribuan tahniah kami dahulukan dan kalau sudi jemputlah kami untuk membuat liputan. Heh.
[Continue reading...]

NORMAN HAKIM TIDAK TERKEJUT ABBY ABADI NIKAH LELAKI MUDA

Selaku bekas suami kepada Abby Abadi, Abang Nara yakin Norman sudah memahami perangai dan tindak tanduk bekas isterinya itu. Jadi apabila Abby mengumumkan perkahwinannya dengan lelaki berusia 24 tahun, Norman tidak terkejut langsung. Malah berita tersebut diterima dengan baik olehnya.

norman hakim

Kata Norman kepada Mstar Online:- Sebenarnya saya dan isteri (Memey Suhaiza) pernah berjumpa dengan suami Abby sekarang sebelum mereka berkahwin dan kami seperti dapat mengagak jalinan perhubungan mereka yang nampak mesra Tetapi Abby tak cakap apa-apa pun. Saya dan Memey hanya dengar sahaja berita ini dan tahu-tahu dia dah kahwin. Saya tidak terkejut dengan keputusannya memandangkan dia sering memberi kejutan dalam apa-apa perkara sekalipun. Kami terima pegangannya iaitu Allah didahulukan. Sebab itu mereka berkahwin dahulu, baharulah dia selesaikan hal duniawi pula. Kami hanya doakan yang terbaik


abby abadi
Untuk anda yang tidak tahu, Abby kini berusia 36 tahun. Perbezaan usia antara Abby dan suaminya ialah 12 tahun. Norman Hakim turut sama melahirkan rasa leganya kerana Abby kini telah pun mempunyai seorang suami di sisi selepas 5 tahun hidup sendirian. Saya berasa lega dan syukur akhirnya Abby memiliki seorang suami selepas lima tahun sendirian bersama anak-anak. Ini semua hidayah Allah. Cuma saya harap Farhan dapat membimbing anak-anak ke jalan yang lebih baik. Moga mereka dapat membesarkan lagi keluarga inigi keluarga ini Sama-samalah kita doakan agar Abby dapat mengecapi kebahagiaan yang dicari selama ini bersama suaminya. Mana tahu tidak lama lagi Abby akan berkongsi berita gembira kehadiran orang ketiga. Siapa tahu kan? Apa pun, tahniah sekali lagi kepada Abby atas perkahwinan anda.
[Continue reading...]

Wednesday, 24 July 2013

Tiba-Tiba ‘Payudara’ Neelofa Dikaitkan Dengan Isu Lawak Pemberian Salam


Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak. Melalui kata-katanya itu, Neelofa telah melahirkan rasa kurang senangnya terhadap tindakan pelawak tersebut yang suka mempersendakan isu agama dan melihat perkara tersebut sebagai satu tindakan yang kurang bijak. Twit Neelofa yang berbunyi seperti di bawah tiba-tiba mendapat respon yang agak pelik dari salah seorang peminatnya… Melawak mempermainkan agama lain walaupun bukan agama islam,itu bukan melawak tapi kurang ajar & kurang bijak,lagi2 bila berkaitan dgn SALAM Berikutan status tersebut, terdapat seorang peminat yang tidak semena-mena telah mengaitkan isu berkenaan dengan bentuk fizikal Neelofa dan respon itu dilihat sebagai satu perkara yang tidak relevan.

Selain meluahkan perasaan kurang senangnya itu melalui akaun Twitter, pelakon ini turut berkongsi foto status tersebut menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi: Melawak pun kena bijak. Setuju!? Foto tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai respon daripada peminat, di mana ada yang bersetuju dengan kata-katanya itu dan ada juga yang cuba menyalahkan Neelofa semula dengan membangkitkan isu mengenai kesedaran menutup aurat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapakah pelawak yang dimaksudkan oleh pengacara ini dan sebagai umat Islam ada baiknya apa yang diperkatakan oleh Neelofa itu. Memandangkan kita duduk di negara yang berbilang kaum dan bangsa, jadi sikap hormat-menghormati antara satu sama lain adalah perkara yang harus diamalkan oleh setiap pendududk di negara ini.
[Continue reading...]

(GAMBAR) Tiga Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Di Kota Tinggi


Tiga sekeluarga maut sementara dua lagi cedera dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Binjai 4, Taman Kota Jaya di Kota Tinggi semalam.
 Mereka yang terkorban hanya dikenali sebagai Maliki Hanie Aziz, Ezza Nurfarhainie Othman dan Mahadir Ngapit. Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Suhaimi Abd Jamal ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.04 petang dan sampai di tempat kejadian pada 5.09 petang.
 Bagaimanapun apabila dua jentera dengan 12 anggota tiba di tempat kejadian, rumah teres kos rendah setingkat tersebut sudah 90 peratus terbakar, katanya. Pihak bomba turut menghubungi unit anjing K-9 dari Kuala Lumpur bagi membantu menyiasat punca sebenar kebakaran, katanya.




[Continue reading...]

Kesungguhan Hattan Selama 9 Tahun Buka Hati Arianie


Datuk Hattan sah bergelar suami kepada bekas isterinya, Arianie Abidin dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya di Putrajaya, Rabu.
 Foto CHAN TAK KONG / THE STAR PUTRAJAYA: Isteri kepada penyanyi Datuk Hattan iaitu Datin Arianie Abidin terbuka hati untuk menerima kembali suaminya itu selepas bercerai pada 2005 kerana tersentuh dengan kesungguhan lelaki itu menambat kembali hatinya sejak sembilan tahun lalu.
 Arianie, 42, berkata, walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali sebagai suami isteri namun dia menganggap ia sebagai ketentuan Allah selain perpisahan itu banyak mengajar mereka tentang erti kehidupan.
 “Kesungguhannya untuk memikat hati saya sejak sembilan tahun lalu akhirnya menyentuh hati saya walaupun saya mengambil masa yang lama untuk menerimanya semula. “Bak kata pepatah kalau sudah jodoh tidak akan ke mana-mana dan saya berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayat kami,”
 katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Rabu. Hattan dan Arianie sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang dihadiri kira-kira 200 tetamu.
 Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa pada pukul 6 petang. Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.
 Pasangan itu pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.
 Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian. Dalam perkembangan sama, Hattan berkata, beliau bersyukur kerana doanya untuk bersatu dengan Arianie akhirnya termakbul.
 Jelas Hattan, mereka memilih untuk disatukan pada bulan Ramadan kerana mahu mengambil keberkatan bulan mulia umat Islam itu. “Sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraan saya kerana doa saya selama bertahun-tahun akhirnya termakbul.
 “Sampai saya tersasul semasa akad nikah kerana berasa sebak dan gembira pada masa sama,” katanya. Dalam perkembangan sama, anak tunggal pasangan itu melahirkan rasa gembira dengan penyatuan kedua ibu bapanya. Adam berkata, walaupun sudah terbiasa tinggal berasingan dengan mereka dia bagaimanapun tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru dalam sebuah keluarga.
 “Saya sebenarnya tidak tahu ibu dan ayah akan berkahwin semula. Dapat tahu pun menerusi laporan akhbar dan apabila mereka bawa saya untuk membeli cincin kahwin. “Saya bersyukur dengan penyatuan mereka dan berharap akan mendapat seorang adik selepas ini,” katanya.
 Sementara itu, Hattan dan Arianie tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata buat masa ini namun tidak menolak sekiranya dikurniakan Allah. Pasangan itu juga memberitahu akan membawa anak mereka bercuti ke London hujung tahun ini selain tidak sabar untuk berhari raya sebagai keluarga.
[Continue reading...]

Farah AF Nafi Mencuri Seperti Didakwa, Hanya Salah Faham

Sepanjang minggu lalu, Farah AF atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar menjadi tumpuan ramai apabila beliau di’tuduh mencuri dan terlibat dengan kes mencuri di set penggambaran sebuah program TV.


BAKAL muncul dengan lagu Sehati Sejiwa yang dijadikan runut bunyi drama Cinderella, Farah menegaskan ia merupakan permulaan yang baik buat dirinya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.
 Pengacara Nasi Lemak Kopi O ini di’tuduh sering tidak memulangkan baju yang di’pinjamkan untuk tujuan penggambaran & satu ketika ada satu pihak yang cuba untuk menguji kejujuran Farah AF ini.
 Pihak tersebut meletakkan kertas kertas yang dicetak seperti wang kertas ke dalam poket baju yang dipinjamkan kepadanya — apabila dipulangkan, kertas yang konon-kononnya duit itu hilang begitu sahaja. “Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini
. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju.
 Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya” “Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya.
 Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa,” jelas Farah AF kepada Kosmo! hari ini. Ketika kejadian itu berlaku, Farah AF mengakui hampir pengsan dengan tuduhan serta cercaan yang di’lemparkan kepadanya dan usaha beliau untuk menghubungi ayah serta suaminya gagal kerana telefon bimbit kehabisan bateri.
 Menurut Farah AF lagi, isu duit itu sudah pun selesai dan menurutnya tuan empunya duit itu lebih bersahaja dengan isu ini berbanding orang di’sekeliling yang melebih lebih.-kosmo
[Continue reading...]

Dayana Pernah Masuk Hospital Kerana Terlalu Tertekan – Bapa

Ketika dihubungi, Noor Dayana Lokman, 26, menolak untuk memberikan sebarang kenyataan tentang suaminya, Ashraf Muslim, 32, yang bernikah kali kedua dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand tanpa pengetahuannya.


tulah yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia semalam. Namun demikian, bapa Dayana iaitu Haji Lokman Abdul Hamid, 54, telah berjaya ditemubual untuk menceritakan tentang Dayana setelah mengetahui suaminya ingin bernikah kali kedua melalui permohonan mahkamah April lepas: Ana (panggilan untuk Dayana) tahu di mana duduk tempatnya sebagai isteri yang perlu berada di sisi Ashraf. Walau macam mana teruk perlakuan Ashraf terhadap Ana namun dia tetap setia bersama suaminya. Ana seorang anak yang penyabar. Kalau nak tahu Ana pernah ditahan di hospital sebab terlalu tertekan gara-gara membaca surat permohonan untuk berpoligami daripada Ashraf pada April lalu. Dia memang tak menyangka suaminya itu sanggup bertindak sebegitu. Dan apa juga penderitaan yang dialami Ana itu sama sekali tidak pernah dikongsi bersama saya mahupun ibunya (Normah Mohamad) Ana memang seorang yang berahsia. Tidak pernah sesekali membuka cerita perkahwinannya atau memburukkan suaminya di hadapan kami sehinggalah kejadian pada 9 Julai lalu sebaik sahaja kepulangan Ashraf dari Thailand.


Gambar dihantar pada kami, didakwa diambil semasa majlis pernikahan Ashraf dan Sakinah di Thailand

Rasanya jelas yang Lokman merasa amat kecewa dengan perbuatan menantunya itu. Sangkanya setelah menipu Dayana untuk bernikah di Thailand, Ashraf akan meminta maaf dan menginsafi kesilapan yang telah dibuat. Namun sebaliknya, lebih banyak penipuan Ashraf keluar di media, salah satunya tentang kesetiaan Ashraf sedangkan dia telah bermain kayu tiga. Beliau menambah:- Berkahwin senyap-senyap di Bangkok adalah satu tindakan yang sangat keterlaluan dan mencalarkan maruah kami sekeluarga. Ashraf seperti memperbodoh- bodohkan kami. Dia telah mengecewakan hati banyak pihak. Pada mulanya saya enggan membuka pekung di dada. Tapi apabila keadaan bertambah teruk, saya tak punya pilihan bersuara.
[Continue reading...]

(GAMBAR) Bayi Lelaki Putera William & Kate Middleton



Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya Kate meraikan kegembiraan selepas Kate melahirkan seorang putera yang kini menduduki tangga ketiga untuk mewarisi takhta Britain. Sorakan orang ramai bergema di hadapan Istana Buckingham selepas pengumuman rasmi yang Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan pewaris lelaki yang sihat seberat 3.8 kilogram pada jam 4.24 petang Isnin waktu tempatan. Bayi yang belum dinamakan itu akan memakai gelaran rasmi iaitu Putera Cambridge dan berada di belakang ayahandanya Putera William dan datuknya Putera Charles selepas Ratu Elizabeth II mangkat atau melepaskan takhtanya. “Kita amat gembira,” kata William, yang merupakan anak Charles dan mendiang Puteri Diana, dalam satu kenyataan ringkas.




[Continue reading...]

amboi!!! Watak ‘Ibu Kampung Selekeh’ Bukan Untuk Saya – Zila Bakarin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEib40kWn5x378F2rK7w51K-z_ER6M5o-j48l1g_qmE4_VcZlIraSWBDJvyrFRZ7uF410jycAQiu500cwhxlP86gLMRSLRGcjSD-DWwiGYqsEJKDFpG7JDwXRygNxChrmya2lMPDE5f390eH/s320/zila.jpg


Penampilan wanita moden yang cukup mementingkan kecantikan biarpun memegang watak seorang ibu pada setiap lakonannya menyebabkan Zila Bakarin dilabel melebih-lebih. Zila dikritik kerana kerap kelihatan berpakaian cantik, bermekap tebal lengkap berbulu mata palsu lebat biarpun melakonkan watak ibu di rumah. Pelakon-pelakon hebat dunia juga menitikberatkan kecantikan tetapi bila berada dalam watak, mereka memakai mengikut keperluan watak termasuk selekeh. Definisi cantik dalam watak bukanlah cantik dipandang tetapi sesuai dengan keperluan cerita. Lain pula bagi Zila kerana di luar lakonan dia mementingkan kecantikan, hingga dalam drama pun sentiasa nak cantik walaupun tak kena dengan watak. “Salahkah saya kalau mahu kelihatan sempurna daripada hujung rambut ke hujung kaki? Takkan saya nak nampak selekeh. Itu bukan cara saya. “Bahkan saya sendiri yang mahu jadi ibu yang cantik kalau dapat tawaran berlakon. Saya tolak awal-awal kalau produksi mahu saya berperwatakan ibu ala-ala orang kampung. Kena pakai baju kurung, tudung kepala dan selekeh memanjang. “Saya mahu watak ibu yang moden, memakai baju cantik dan bermekap. Kalau kita lihat drama yang ditayangkan di Indonesia, semua watak-watak ibu digambarkan cantik. Mana ada yang selekeh atau buruk.” Tetapi kalau Zila merujuk kepada pelakon Indonesia yang hebat seperti Christine Hakim, dia sanggup jadi watak orang tua. Cuma Zila hanya merujuk drama murahan Indonesia yang ditayangkan di TV kita. Dalam pada itu dia juga mengakui bukan seorang yang mementingkan jenama semata-mata untuk kelihatan lebih cantik dan istimewa. Apa yang menjadi keutamaan adalah keselesaan dan kemampuan. Baginya biarlah tanpa pakaian atau beg tangan berjenama asalkan tidak berhutang. Tambahan pula fokus kewangan buat pelakon ini adalah masa depan dua pertama hatinya iaitu Kasih, 4, dan Cinta yang bakal berusia dua tahun pada 7 Julai depan.
[Continue reading...]

Siapa Pengacara Bertudung Tertangkap Kerana Suka Mencuri!

Pengacara Bertudung Tertangkap Kerana Suka Mencuri!
Bukan diri ini tidak sedar bahawa sedang berada dalam bulan Ramadan yang mulia, tetapi Murai Batu tak dapat mengelak daripada menjadi tempat hamba-hamba Allah ini bercerita.
 Mereka kawan Murai Batu, nak tak nak kena dengar juga nanti kena carut kekwat. Apatah lagi bila ia melibatkan pasal personaliti televisyen.
 Walaupun beralih bidang ke arena pengacaraan, gadis yang kini sopan bertudung litup dan telah berkahwin itu mempunyai perangai yang amat busuk, jauh berbeza dengan imej suci dibawanya itu. Kuat propa!
 Harap muka sahaja baik, pijak semut tak mati tetapi kuat mencuri. Daripada duit, pakaiandan apa sahaja mungkin dicapai tangannya yang panjang itu, maka lesaplah ia. Bukan main hebat lagi sampai dia terlupa tentang kamera litar tertutup (CCTV) dan gerak gerinya yang diperhatikan itu.
 Tujuan utama teman Murai Batu menceritakan hal yang kini telah diketahui seluruh rakyat di stesen televisyen swasta no.1 Malaysia bukannya mahu membuka pekung pengacara rancangan bual bicara pagi itu.Cuma, dia geram kerana tidak sangka begitu sikap sebenar pengacara ini.
 Disebabkan pelbagai kecurian dan kehilangan barang, individu yang bertanggungjawab ke atas barang yang hilang itu harus menanggung gantirugi. Bertambah beranglah teman Murai Batu itu sehingga baru-baru ini pengacara itu telah tertangkap setelah dan barang yang pernah dilaporkan hilang dijumpai berada dengannya.
 Aiyooo hebat betul mata-mata gelap stesen televisyen itu, tangkas dan bijak. Mau tidaknya, mereka tidak larat nak menanggung gantirugi kehilangan barang, menanggung pula daripada wang kocek sendiri semenjak si hijabista bertopengkan si panjang tangan itu mengendalikan rancangan bual bicara pagi itu. Perkara ini khabarnya telah dimaklumkan kepada pihak atasan dan juga pihak berkuasa.
 Tak tahulah apa nasib pengacara itu kelak. Mungkin pembaca semua boleh la tunggu dan tengok di depan televisyen, manalah tahu perasan ada pengacara yang mungkin tiba-tiba hilang! Ooppss! Selamat berbuka!

[Continue reading...]

Tuesday, 23 July 2013

(VIDEO) Pemain Badminton Thailand Bertumbuk Ketika Perlawanan Berlangsung


Sukan badminton mungkin dianggap sebagai sukan yang sukar untuk tercetusnya pergaduhan. Lain pula halnya yang terjadi di Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2013 Ahad lepas
. Dua bekas pemain skuad Olimpik Thailand terlibat dalam satu pergaduhan ketika perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu yang diadakan di Vancouver, Kanada.
 Pada kejadian itu yang kini menjadi antara video menarik di laman YouTube, pemain Thailand Bodin Issara dilihat mengejar bekas rakan beregunya Maneepong Jongjit sekeliling dewan kejohanan selepas berlaku insiden tidak memuaskan hati di antara mereka.
 Kejadian itu kini disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Issara kemudian pantas ditenangkan oleh Jurulatih dan pegawai kejohanan manakala pasangan beregunya Pakkawat Vilailak membawa Jongjit yang sudah tidak berbaju jauh dari gelanggang.
 Issara yang menerima dua jahitan akibat kejadian itu berkata Jongjit sebelum itu mula memukulnya dengan raket. Bagamanapun, kedua-dua pemain ketika perlawanan sudah diberikan amaran oleh pengadil kerana saling mengeluarkan kata-kata kesat. di antara satu sama lain.
 Jongjit dan pasangannya Nipitphon Puangpuapech juga dari Thailand diberikan kemenangan percuma selepas Issara diberikan Kad Hitam oleh pengadil. Semalam BWF dalam satu kenyataan berkata kejadian itu akan disiasat oleh badan induk sukan itu mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mengatasi kejadian kontroversi seperti ini dan akan disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin.
 Jongjit dan Issara ketika berpasangan berada pada rangking kelapan dunia dan telah berjaya layak ke peringkat Suku Akhir Sukan Olimpik 2012 di London. Pasangan itu berpecah Januari lalu dan kemudian Issara mengumumkan persaraanya dalam dunia badminton sebelum kembali bertanding dengan pasangan beregu yang lain.
[Continue reading...]

Mayat Budak Putus Dua, Kepala Hilang Dimakan Biawak


Kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang pada 10 November lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya di Kampung Garinono, Batu 25, dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya terputus dua dan hampir reput dipercayai angkara binatang buas. Difahamkan, mayat mangsa, Haziq Hassan, ditemui jam 4 petang kelmarin, tiga kilometer dari rumah ibu saudaranya oleh seorang juruukur. Hanya bahagian pinggang dan kaki yang ditemui, manakala bahagian atas termasuk badan dan kepalanya gagal ditemui dipercayai dimakan biawak. Saksi yang melakukan kerja mengukur tanah terkejut melihat sepasang kaki manusia sebelum menghubungi polis memaklumkan perkara itu. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan mayat mangsa ditemui berhampiran kolam di ladang berkenaan.
[Continue reading...]

(GAMBAR) Lelaki Ditemui Mati Dengan Tangan & Kaki Terikat


Seorang lelaki ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat pada tangga yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di sebuah kebun buah-buahan di Padang Siding, Kangar pagi tadi. Mayat lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang bahagian matanya turut ditutup dengan ikatan kain ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kepada polis.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Superintenden Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, lokasi kejadian hanya kira-kira 20 meter dari jalan raya utama dan punca kematian sedang disiasat. “Tiada sebarang kesan luka pada mayat mangsa. Identiti mangsa belum diketahui dan tidak dapat diketahui sama ada mangsa itu warga tempatan atau rakyat asing,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya siasatan lanjut akan dilakukan bagi memastikan punca kejadian.
[Continue reading...]

Apa Yang Terjadi Sekiranya Air Coca-Cola Dipanaskan? (Video)


Memang tidak dinafikan, air coca-cola antara minuman berkarbonat yang sangat popular di dunia. Biarpun popular, air ini dikatakan tidak sesuai untuk diminum apatah lagi dikatakan ia berbahaya terhadap tubuh badan kita. Oh ya, Melayukini.net mahu berkongsi tentang satu eksperimen yang telah dilakukan oleh seseorang. Eksperimen yang dilakukan adalah tentang apakah yang akan terjadi sekiranya air Coca Cola ini dipanaskan dalam keadaan mendidih? Jom kita tonton video di atas ini.

coca1
Selepas air Coca-Cola dipanaskan selama 25 minit, hasil yang diperolehi tidak lah menarik seperti keadaannya pada mula-mula tadi.
 Ini kerana ia akan meninggalkan sejenis lendir kasar berwarna hitam yang pada dasarnya adalah bahan kimia dan bahan perasa yang digunakan dalam proses membuat air Coca-Cola.
 Di China, bahan berlendir ini akan disejukkan dan digunakan sebagai ubat-ubatan. Sirap fruktosa dan bahan-bahan lain pada air Coca-Cola ini bersama dengan halia dan buah lemon boleh digunakan untuk mengurangkan penyakit yang berbeza
. Memang benar bahawa air Coca-Cola tidak elok diminum, tetapi apabila ia dipanaskan sehingga mendidih, ia boleh membawa kesan yang baik. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai alat perkakas dapur yang kotor dan sukar dibersihkan, dengan menggunakan air Coca-Cola yang dipanaskan, ia boleh membersih dengan mudah dan hasilnya ia akan nampak seperti baru dibeli.
 Selain itu, dengan memasukkan halia ke dalam air Coca-Cola yang dipanaskan pada suhu sederhana dan minumnya ketika panas, ia mampu menghilangkan simptom selsema anda.

coca5



coca3
[Continue reading...]

Monday, 22 July 2013

EH ! IKAN GERGASI INI SUKA MAKAN BOLA.


Seorang penduduk di kawasan itu menyaksikan bola yang melantun ke arah kolam berhampiran lalu disambar oleh seekor ikan keli yang besar. Ikan keli Flatheat tu cuba menelan bola itu namun gagal apabila bola itu tersangkut di mulutnya. Ikan keli tersebut cuba untuk mengeluarkan bola itu dari mulutnya namun gagal sehingga keletihan untuk berenang lalu ia muncul ke permukaan kembali. Lalu, penduduk yang melihat kejadian itu cuba mengeluarkan bola dari mulut ikan keli itu namun masih tidak berjaya. Mereka mengambil keputusan untuk mengempiskan bola tersebut, barulah bola itu berjaya dikeluarkan dari mulut ikan keli tersebut.’





[Continue reading...]

CAYALAH!!! HELMET AKTIVIS ALAM SEKITAR.

[Continue reading...]

ILMU OH ILMU !!! Harungi apa sahaja untuk belajar.

Ya Allah, sanggupkah kita membiarkan anak-anak ini menggadaikan nyawa mereka kerana kekentalan jiwa mereka demi menuntut ilmu.
[Continue reading...]

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...