Sunday 15 September 2013

Hari Malaysia: Agung Lancar Perarakan Kapal Berhias.

Pic: Sinar Harian
KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah malam tadi berkenan melancarkan perarakan kapal berhias Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Tebingan Kuching. Baginda memulakan acara dengan memutar 'steering' kapal yang disambut dengan bunyi kapal dan hon serta pertunjukan bunga api. Baginda kemudian disajikan dengan pertunjukan pertama persembahan skrin air yang menampilkan logo sambutan dan juga montaj yang memaparkan perkembangan yang berlaku di Sarawak, perkembangan penduduk pelbagai kaum di negeri ini dan juga pembangunan yang dicapai negeri ini sejak dahulu hingga sekarang. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri masing-masing. Acara itu turut diserikan dengan nyanyian lagu tema sambutan 'Sarawak Harmoni' yang diiringi alunan muzik dan pertunjukan lampu berwarna-warni. Acara dimulakan dengan perarakan 50 buah kapal berhias mewakili pelbagai jabatan, agensi, badan berkanun kerajaan negeri Sarawak dan syarikat swasta. Turut serta ialah perarakan perahu tambang, kayak dan jet ski. Acara diakhiri dengan persembahan dan bunga api.
[Continue reading...]

Midnight Blooming Nukilan Ilham Feminin Dari Rizman Ruzaini

Midnight Blooming Nukilan Ilham Feminin Dari Rizman Ruzaini
Syawal yang baru melabuhkan tirainya beberapa hari lalu bukanlah rehat yang panjang buat label fesyen duo Rizman Ruzaini, sebaliknya mereka lebih sibuk bekerja dan baru sahaja tampil dalam koleksi kapsul, Midnight Blooming sempena Aidiladha.
 Midnight Blooming dipersembahkan pada hadirin dalam acara intim bersama primadona filem Erra Fazira dan rakan media di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Ratu cantik Malaysia itu yang juga wajah wakilan Estee Lauder di negara ini telah tampil di acara anjuran Estee Lauder di hotel tersebut.
 Selain daripada menjadi muse kepada label pereka duo ternama ini, acara pada malam itu turut memperkenalkan wangian terbaru daripada Estee Lauder untuk rangkaian Pleasure iaitu Pleasure Pop. Sebanyak 10 pasangan busana yang cukup feminim khas direka khas untuk wanita yang ingin kelihatan sopan dan nafas penuh elegen pada hari raya Aidiladha kelak.
 Midnight Blooming ditafsirkan dalam paduan fabric bermotif flora abstrak berbalas mainan tona fabric polos daripada nuansa yang sama. Penggunaan fabrik daripada pilihan yang berkualiti seperti Italian Graziani Caprioni bersama net halus Itali, sutera sifon dan organza daripada nuansa rona biru kusam dipadukan dengan rona kelabu dan French pink.
 Rizman Nordin, salah seorang pereka label tersebut ketika ditemui menjelaskan bahawa koleksi kali ini adalah kesinambungan rekaan daripada koleksi Aidilfitri mereka yang lalu dan telah diperindahkan denga penggunaan fabrik bermotif flora. "Kalau dilihat rekaan yang menunjangi koleksi Midnight Blooming ini tidak banyak yang lari dengan helaian yang ada dalam koleksi Aidilfitri yang lalu.
 Ia dipelbagaikan lagi untuk memberikan variasi yang banyak daripada segi rekaan. "Dalam masa yang sama kami di Rizman Ruzaini cuba bermain dengan motif flora yang jarang-jarang menjadi identity label kami yang kuat bermain fabrik polos dan renda perancis
. "Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan koleksi kapsul ini dan berterima kasih kepada Estee Lauder dan Erra Fazira atas kesempatan berharga ini,"ujarnya ketika ditemui di acara tersebut yang dikendalikan oleh Nexscapture.
 Koleksi terhad ini boleh dimiliki di butik pereka ini yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dengan menghubungi 03-9174 0453 untuk temujanji dan Aidiladha anda terserlah meriah dalam sarungan Midnight Blooming yang cukup menawan dan indah ini.
[Continue reading...]

Diana Danielle Sedia Buat Comeback di Laluan Runway

Diana Danielle Sedia Buat Comeback di Laluan Runway
Selepas sekian lama mendiam diri kerana melahirkan bayi pertamanya, kini aktres jelita kontroversi, Diana Danielle sedia kembali di laluan runway mahupun permaidani merah bagi mengubat kerinduan peminat yang telah sekian lama menantikan kemunculannya.
 Hadir secara tidak di duga di butik fesyen pereka fesyen duo popular, WanPa tengah hari tadi, Dia Danielle mengaku akan kembali aktif dan bersedia untuk menyarungkan persalinan indah rekaan pereka fesyen kegemarannya itu.
 Perkara itu telah disuarakan Diana Danielle kepada pereka fesyen berkenaan yang bakal membuat penampilan sulung untuk sebuah acara permaidani merah sempena tayangan perdana sebuah filem tempatan, Jumaat ini.
 Rashid yang merupakan salah seorang pereka fesyen dari jenama WanPa berkata kepada gembol.com.my, pihaknya amat berbesar hati apabila telah mendapat kunjungan daripada aktres cantik berkenaan hari ini. "Lebih menggembirakan kami apabila Dee (Diana Danielle) sekali lagi sudi menyarungkan persalinan rekaan kami pada acara yang bakal diadakan pada Jumaat ini.
 "Dia kelihatan tidak sabar-sabar untuk membuat kemunculan semula pada hari berkenaan dan memberi cadangan kepada kami untuk menggayakan gaun malam meleret daripada fabrik velvet rona silver. "Sebagai pereka fesyen yang telah sekian lama berkhidmat untuknya, kami amat berbesar hati untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk Dee pada acara malam berkenaan dan diikuti untuk penampilannya pada masa akan datang," katanya dalam nada gembira.
 Rashid (rosixwanpa) dan Ridzwan (riwanpa) telah berkongsi gambar kegembiraannya bertemu pelakon manis berkenaan di laman Instagram masing-masing yang telah hadir ke butik WanPa sebentar tadi. Rashid berkata, pelakon filem Hanyut itu turut menyuarakan hasratnya untuk menggayakan persalinan rekaan WanPa selepas ini untuk beberapa acara istimewa dan untuk itu dia telah mengambil ukuran terbaru pelakon berkenaan.
 Pereka fesyen itu menambah, dia cukup terkejut kerana Diana Danielle yang dikenalinya sebelum ini nyata telah kembali memiliki bentuk badan langsing dan agak terkejut dengan perubahan mendadak berkenaan. "Jika sebelum ini saiz pinggang Dee ialah 28 inci tetapi sekarang telah mencecah hampir 24 inci. Memang langsing sehinggakan saya agak kurang percaya dengan perubahan itu.
 "Bagaimanapun saya faham kerana menurut Dee, sejak melahirkan bayi sulungnya, dia telah mengamalkan susuan badan untuk bayinya itu dan mungkin itu adalah salah satu faktor kenapa dia kembali langsing," katanya yang tidak sabar untuk melihat penampilan terbaru Diana Danielle dengan persalinan rekaan terkininya itu.
[Continue reading...]

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...