Sunday 15 September 2013

Midnight Blooming Nukilan Ilham Feminin Dari Rizman Ruzaini

Share it Please
Midnight Blooming Nukilan Ilham Feminin Dari Rizman Ruzaini
Syawal yang baru melabuhkan tirainya beberapa hari lalu bukanlah rehat yang panjang buat label fesyen duo Rizman Ruzaini, sebaliknya mereka lebih sibuk bekerja dan baru sahaja tampil dalam koleksi kapsul, Midnight Blooming sempena Aidiladha.
 Midnight Blooming dipersembahkan pada hadirin dalam acara intim bersama primadona filem Erra Fazira dan rakan media di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Ratu cantik Malaysia itu yang juga wajah wakilan Estee Lauder di negara ini telah tampil di acara anjuran Estee Lauder di hotel tersebut.
 Selain daripada menjadi muse kepada label pereka duo ternama ini, acara pada malam itu turut memperkenalkan wangian terbaru daripada Estee Lauder untuk rangkaian Pleasure iaitu Pleasure Pop. Sebanyak 10 pasangan busana yang cukup feminim khas direka khas untuk wanita yang ingin kelihatan sopan dan nafas penuh elegen pada hari raya Aidiladha kelak.
 Midnight Blooming ditafsirkan dalam paduan fabric bermotif flora abstrak berbalas mainan tona fabric polos daripada nuansa yang sama. Penggunaan fabrik daripada pilihan yang berkualiti seperti Italian Graziani Caprioni bersama net halus Itali, sutera sifon dan organza daripada nuansa rona biru kusam dipadukan dengan rona kelabu dan French pink.
 Rizman Nordin, salah seorang pereka label tersebut ketika ditemui menjelaskan bahawa koleksi kali ini adalah kesinambungan rekaan daripada koleksi Aidilfitri mereka yang lalu dan telah diperindahkan denga penggunaan fabrik bermotif flora. "Kalau dilihat rekaan yang menunjangi koleksi Midnight Blooming ini tidak banyak yang lari dengan helaian yang ada dalam koleksi Aidilfitri yang lalu.
 Ia dipelbagaikan lagi untuk memberikan variasi yang banyak daripada segi rekaan. "Dalam masa yang sama kami di Rizman Ruzaini cuba bermain dengan motif flora yang jarang-jarang menjadi identity label kami yang kuat bermain fabrik polos dan renda perancis
. "Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan koleksi kapsul ini dan berterima kasih kepada Estee Lauder dan Erra Fazira atas kesempatan berharga ini,"ujarnya ketika ditemui di acara tersebut yang dikendalikan oleh Nexscapture.
 Koleksi terhad ini boleh dimiliki di butik pereka ini yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dengan menghubungi 03-9174 0453 untuk temujanji dan Aidiladha anda terserlah meriah dalam sarungan Midnight Blooming yang cukup menawan dan indah ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...