Sunday 15 September 2013

Diana Danielle Sedia Buat Comeback di Laluan Runway

Share it Please
Diana Danielle Sedia Buat Comeback di Laluan Runway
Selepas sekian lama mendiam diri kerana melahirkan bayi pertamanya, kini aktres jelita kontroversi, Diana Danielle sedia kembali di laluan runway mahupun permaidani merah bagi mengubat kerinduan peminat yang telah sekian lama menantikan kemunculannya.
 Hadir secara tidak di duga di butik fesyen pereka fesyen duo popular, WanPa tengah hari tadi, Dia Danielle mengaku akan kembali aktif dan bersedia untuk menyarungkan persalinan indah rekaan pereka fesyen kegemarannya itu.
 Perkara itu telah disuarakan Diana Danielle kepada pereka fesyen berkenaan yang bakal membuat penampilan sulung untuk sebuah acara permaidani merah sempena tayangan perdana sebuah filem tempatan, Jumaat ini.
 Rashid yang merupakan salah seorang pereka fesyen dari jenama WanPa berkata kepada gembol.com.my, pihaknya amat berbesar hati apabila telah mendapat kunjungan daripada aktres cantik berkenaan hari ini. "Lebih menggembirakan kami apabila Dee (Diana Danielle) sekali lagi sudi menyarungkan persalinan rekaan kami pada acara yang bakal diadakan pada Jumaat ini.
 "Dia kelihatan tidak sabar-sabar untuk membuat kemunculan semula pada hari berkenaan dan memberi cadangan kepada kami untuk menggayakan gaun malam meleret daripada fabrik velvet rona silver. "Sebagai pereka fesyen yang telah sekian lama berkhidmat untuknya, kami amat berbesar hati untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk Dee pada acara malam berkenaan dan diikuti untuk penampilannya pada masa akan datang," katanya dalam nada gembira.
 Rashid (rosixwanpa) dan Ridzwan (riwanpa) telah berkongsi gambar kegembiraannya bertemu pelakon manis berkenaan di laman Instagram masing-masing yang telah hadir ke butik WanPa sebentar tadi. Rashid berkata, pelakon filem Hanyut itu turut menyuarakan hasratnya untuk menggayakan persalinan rekaan WanPa selepas ini untuk beberapa acara istimewa dan untuk itu dia telah mengambil ukuran terbaru pelakon berkenaan.
 Pereka fesyen itu menambah, dia cukup terkejut kerana Diana Danielle yang dikenalinya sebelum ini nyata telah kembali memiliki bentuk badan langsing dan agak terkejut dengan perubahan mendadak berkenaan. "Jika sebelum ini saiz pinggang Dee ialah 28 inci tetapi sekarang telah mencecah hampir 24 inci. Memang langsing sehinggakan saya agak kurang percaya dengan perubahan itu.
 "Bagaimanapun saya faham kerana menurut Dee, sejak melahirkan bayi sulungnya, dia telah mengamalkan susuan badan untuk bayinya itu dan mungkin itu adalah salah satu faktor kenapa dia kembali langsing," katanya yang tidak sabar untuk melihat penampilan terbaru Diana Danielle dengan persalinan rekaan terkininya itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...