Sunday 13 October 2013

GOSIP CURANG DENGAN ISTERI BUAT FAUZI NAWAWI RASA MALU

Share it Please
gosip curang dengan isteri buat fauzi nawawi rasa malu
Aktor Fauzi Nawawi akui yang dia berasa malu dengan gosip yang tersebar kononnya dia mempunyai skandal dengan pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) iaitu Noni.
Laporan mStar Online hari ini memetik, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 40, berkata, dia terkejut kerana masih ada isu-isu skandal dikaitkan dengannya termasuklah berlaku curang dengan isteri,Lisdawati. Fauzi juga dalam kenyataannya meminta semua pihak supaya berhenti dari menyebarkan khabar angin sebegini kerana pada usia mencecah 40tahun, perkara sebegini adalah amat memalukan dirinya.
"Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya. "Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk AquaTerapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd," katanya yang dihubungi mStar Online, semalam.
Sebuah akhbar semalam telah melaporkan Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin mempunyai skandal dengan Fauzi selepas mereka berkenalan rapat. Bagaimanapun Noni menjelaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar kerja selain menjadi anak didik kepada pelakon itu yang banyak membimbingnya mengenai dunia seni hiburan tempatan. Fauzi dalam kenyataan lainnya pula berkata dia hairan bagaimana wartawan yang mengeluarkan berita tersebut mendapat sumber berkenaan. Malah aktor tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya.
"Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti. "Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk. "Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius?
Saya harap gosip sebegini dihentikan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan," tegas Fauzi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...