Sunday 23 June 2013

Perkembangan Terkini Perhimpunan Black 505 Di Lokasi

Share it Please


Betul betul panas petang Sabtu ini dimana Sekumpulan Parti Pembangkang cuma membuat Perhimpunan Black 505 berikutan ketidakpuas hatian tentang keputusan pilihanraya baru baru ini. Berikut adalah kronologi perhimpunan Black 505 dari Masjid Negara di sini: 3.20 petang: Separuh daripada kawasan Padang Merbok dibanjiri para peserta himpunan. 3.00 petang: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai tiba di Padang Merbok. 2.58 petang: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bersama-sama sebahagian besar peserta himpunan tiba di Jalan Parlimen, bersebelahan dengan Padang Merbok. 2.46 petang: Sekumpulan Unit Amal PAS menjaga laluan di sepanjang Jalan Parlimen ke arah Padang Merbok. 2.40 petang: Sepanjang jalan dari arah Masjid Negara, Dayabumi sehingga ke Bank Rakyat sesak dengan para peserta himpunan Black 505 untuk menuju ke Padang Merbok. Bagaimanapun, keadaan masih terkawal. Sekumpulan besar peserta di Sogo berarak menuju ke Padang Merbok. – Foto NORAFIFI EHSAN/TheStar. Pasukan anggota polis mengawal keadaan lalu lintas di Jalan Kuching dekat Bank Rakyat. 2.20 petang: Para peserta melaungkan “Reformasi, Hidup Rakyat” sepanjang berarak di Jalan Sultan Hishammudin dekat Masjid Negara. Peserta himpunan kelihatan berkumpul di Masjid Negara. Foto AZHAR MAHFOF/The Star 2.18 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 di Masjid Negara bergabung dengan para peserta yang berarak dari arah Brickfields, untuk bersama-sama menuju ke Padang Merbok. 2.14 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 bersiap sedia untuk berarak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur. 2.12 petang: Para peserta melaungkan slogan “Hidup, hidup rakyat. Hancur, hancur kezaliman. Turun (letak jawatan), turun Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR

.

2.10 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Taman Templer, Zaidi Abdul Talib turut memberi ucapan di hadapan para penyokong di perkarangan Masjid Negara. 2.03 petang: Ucapan diikuti oleh Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Zulkefly Ahmad. 1.58 tengah hari: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman memberi ucapan di hadapan para peserta di perkarangan Masjid Negara.1.08 tengah hari: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tiba di perkarangan Masjid Negara. 12.25 tengah hari: Semakin ramai mula membanjiri perkarangan Masjid Negara. Hampir kesemua mereka berpakaian hitam. Keadaan di sini masih terkawal. 10.17 pagi: Sekumpulan anak muda membawa beberapa kepingan kadbod yang antaranya tertera perkataan “SPR Sila Letak Jawatan”, Democracy Is Dead” dan “SPR Should Resign”

.

10 pagi: Jalan Sultan Hishammuddin di hadapan Masjid Negara mulai sesak. Difahamkan jalan di Dataran Merdeka ditutup. 9.50 pagi: Sejumlah kecil penyokong Black 505 kelihatan duduk di kawasan sekitar perkarangan Masjid Negara. Lebih 20 gerai beroperasi di tepi jalan sekitar Ma

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...