Wednesday 9 October 2013

LAGI ARTIS LAHIRKAN ANAK......

Share it Please
gara-gara beranak nurul wahab jadi kembar halle berry


Pada Jumaat minggu lalu, penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Wahab telah dilaporkan melahirkan cahayamata keduanya hasil perkahwinan dengan jejaka Perancis, Eric Depp.
Kemudian, keesokan harinya iaitu Sabtu lepas, aktres Halle Berry juga telah melahirkan anaknya yang kedua hasil perkahwinannya dengan pelakon dari Perancis, OlivIer Martinez.
GEMBOL baru perasan bila terbaca pasal berita kelahiran anak kedua Halle Berry ini teringat pula pada penyanyi Kerana Terluka, Nurul yang juga baru sahaja selamat melahirkan Baby Z itu.
Terlalu dekat persamaan mereka berdua ini sebab itulah gembol tulis tau. Bukan apa, gembol sengaja nak kaitkan Nurul dengan aktres Hollywood ini, dalam masa yang sama Murai Batu nak kongsi berita gembira mengenai pelakon Catwoman ini.
Menurut laporan Reuters, Halle telah selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu lepas. Berita ini disahkan oleh wakilnya yang memberitahu perkara ini kepada agensi berita tersebut. Bayi ini adalah bayi pertama buat pasangan ini dan merupakan anak kedua Halle yang sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan, Nahla,5 hasil perkahwinan dengan model Kanada, Gabriel Audry.
Info selanjutnya mengenai kelahiran bayi lelaki pasangan Halle-Olivier itu tidak dikongsi oleh wakil Halle Berry itu. Murai Batu rasa disana juga sama macam kita disini sekarang. Iyalah, Nurul pun mengikut pesan daripada orang tua dan rakan untuk tidak mendedahkan terlalu banyak info serta gambar mengenai Baby Z.
Tunggu bila dah besar sikit barulah boleh dikongsi gambar dan maklumat lanjut mengenai anaknya itu. Maklumlah sekarang macam-macam jenayah yang berlaku dek kemajuan teknologi serta dunia tanpa sempadan kini.
Lupa pula nak cakap pasal persamaan Halle dan Nurul. Bukanlah banyak sangat tapi macam kebetulan juga bila keduanya bersuamikan jejaka Perancis dan masing-masing mendapat cahaya mata kedua yang merupakan bayi lelaki daripada perkahwinan kedua. Sebelum ini Halle dan Nurul pun dah ada anak perempuan cuma anak dara Nurul sudah besar manakala anak si halle Berry baru berusia 5 tahun.
Mungkin masing-masing akan mengumumkan atau berkongsi gambar dan info selanjutnya mengenai bayi lelaki mereka pun dalam waktu yang berdekatan. Sekadar andaian Murai Batu sahaja, tak sabar nak tengok muka kacukan Perancis Melayu baby Z atau lepas ini mungkin dikenali dengan nama Z Depp? Untunglah dapat jejaka Mat Salleh, nama anak pun kelas gitu. Au revoir!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...