KL, 3 SEPT 2013: Lagi cerita pasal artis yang panjang tangan sampai ke cuping telinga Murai Batu ydan Murai batu pulak memang panas betul bila dengar perkara-perkara yang macam ini.
Bukan apa, yang bercakap itu orang didalam industri kita juga dan bila artis kita berperilaku sedemikian, kita pun hilang rasa hormat atau senang cerita tak respeklah.
Bukankah menjadi selebriti itu pilihan mereka? Jadi, bila dah pegang status selebriti, jagalah tingkah laku. Janganlah buat benda-benda busuk yang macam ini.
Bila wartawan dan kaki gosip macam Murai Batu ini melaporkan perkara-perkara macam ni kepada umum supaya ianya dapat dijadikan iktibar, diaorang kata kitaorang ni takde benda lain nak tulis.
Asyik tulis gosip saja. Habis tu kalau dah sampai mencuri barang orang, takkan Murai Batu nak diamkan saja. Ada pulak seorang artis ni cakap kononnya Murai Batu suka buka aib orang, jual cerita dengan burukkan selebriti.
Bukankah yang buruk itu perbuatan sang selebriti, yang jual ceritanya sahaja Murai Batu. Tetapi namanya Murai Batu tak disebut, jadi mengapa pula terasa dihati?
Kan dah kantoi sendiri.
Murai Batu bukanlah melenting, tapi kadang-kadang Murai Batu bingung dengan ragam selebriti kita yang kadang-kadang tak faham status mereka. Apa batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang selebriti.
Janganlah bila anda diragui menjadi pencuri baju di bilik persalinan, namun tatkala di hari raya baju sama yang dilaporkan hilang juga yang mahu disarungkan ke badan anda. Itu salah Murai Batu atau salah selebriti itu sendiri?
Bila dah jelas itu salah anda, muhasabah diri kan lebih bagus daripada cuba menegakkan benang yang basah.
Tiak sepatutnya, selebriti yang berimej sebegini berbuat demikiankan?.
Tetapi itulah realitinya, cuma Murai Batu tak mahu sebutkan siapa walaupun selebriti yang terasa itu seperti tidak puas hati, tetapi ketika dihubungi dia enggan pula memberi komen.
Jangan lupa dengan fitrah manusia apatah lagi orang kita sendiri yang pantang tersingkap kesalahan di depan mata, belum pun tahu hujung pangkal sudah berani meletakkan hukuman.
Satu sahaja pesanan Murai Batu, kalau benar tidak salah apa kata tampilkan diri, buktikan cerita ini salah dan Murai Batu tidak ada masalah untuk memohon maaf.
Tetapi apa-apa pun Murai Batu tetap mengambil kesempatan Syawal ini memohon maaf atas kekhilafan Murai Batu kepada pembaca setia portal Murai.com.my juga kepada semua yang membaca ruangan yang panas ini. Selamat Hari Raya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak...
-
Semalam MynewsHub berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang wartawan yang sedang melakukakan ‘standupper’ di India telah dibuang ke...
-
Jepun dikenali sebuah negara yang melahirkan rakyat yang rajin, kreatif dan berinovasi. Malangnya bukan semua daripada mereka menggunakan...
-
Blog Gembol Gempak diberitakan yang pasangan porno Malaysia iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee telah membuat video permohonan maaf kepada masyar...
-
Payudara merupakan khazanah yang amat berharga bagi setiap wanita dan setiap wanita mempunyai bentuk payudara yang berlainan. Saiz dan be...
-
Beliau adalah bekas teman wanita Balotelli, penyerang pasukan Manchester City. Kandungannya yang berusia 6 bulan itu dikhabarkan milik pen...
-
Bekas model Playboy, Kendra Wilkinson dipercayai bersikap curang terhadap suaminya selama empat tahun, Hank Baskett. Menurut laman web Ra...
-
“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin...
Designed By Templateism | Seo Blogger Templates
No comments:
Post a Comment