Sunday, 1 September 2013

PANASSSSSS.......PANASSSSSSSS.....

Share it Please
Sah Michael Douglas dan Catherine Zeta Jones BerpisahHOLLYWOOD, Pasangan pelakon Hollywood gred A, Michael Douglas,68 dan Catherine Zeta-Jones,43 telah disahkan berpisah selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.
Pengesahakan itu telah diberitahu sendiri oleh pihak publisis kepada Catherine Zeta Jones kepada pihak BBC News.
Laporan memberi tahu bahawa pasangan berkenaan sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu selepas dikesan masing-masing sering menghadiri acara karpet merah secara bersendirian.
Perpisahan dibuat kerana Douglas dan Zeta-Jones inginkan sedikit ruang dan masa dalam hubungan mereka.
Malah perpisahan itu juga ada kaitan dengan keadaan pasangan berkenaan, di mana Douglas sedang sengsara kanser tekak sejak 2010, manakala Zeta-Jones pula berhadapan dengan masalah bipolar.
Mereka telah berkahwin pada tahun 2000 selepas pertama kali dipertemukan di Deauville Film Festival di Perancis dua tahun sebelum itu.
Perkahwinan bahagia mereka berdua telah dikurniakan dengan dua orang cahayamata iaitu Dylan, 13, dan juga Carys, 10.
Sumber juga memberitahu, pasangan itu bagaimanapun, belum memfailkan tuntutan cerai secara rasmi, namun sedar bahawa perpisahan adalah terbaik untuk menyelamatkan hubungan mereka.
Sebelum mengahwini Zeta-Jones, aktor berpengaruh itu telahpun berkahwin dengan Diandra pada 1977 dan berpisah pada 1995.
Bagaimananpun kerana mahu mengahwini Zeta-Jones, mereka perlu berpisah secara rasmi dan menyebabkan bekas isteri Michael Douglas itu telah menerima wang sebanyak Pound Sterling 44 juta.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...