Sunday, 25 August 2013
Mandur Ladang Sawit Maut Ditindih Tayar Traktor
Seorang mandor ladang sawit tidak sempat menjamah pulut yang dimasak isterinya apabila maut ditindih tayar traktor selepas kenderaan berat dipandunya itu hancur dirempuh dari belakang dalam nahas di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor, dekat simpang ‘Cheneh Recreation and Resort’ (CRR), Cheneh. Mahdi Sain, 41, yang berasal dari Lombok Timur, Indonesia maut serta merta di tempat kejadian ketika dalam perjalanan pulang dari bengkel di Jalan Felda Cerul untuk balik ke Ladang Bukit Bandi selepas membaiki lampu traktor yang rosak. Dalam kejadian itu, traktor dipandu mangsa cuba mengelak lubang di bahu jalan namun dirempuh sebuah Toyota Fortuner dari arah belakang mengakibatkan traktor tersebut terbalik manakala salah sebuah tayar belakangnya tercabut serta menindih mangsa yang tercampak ke atas jalan. Isteri mangsa seorang warga tempatan, Maisah Mamat, 45, tidak dapat menahan tangis sebaik tiba di tempat kejadian apabila melihat suaminya parah di kepala dan kaku dibasahi darah apatah lagi suaminya berjanji untuk memakan pulut yang dimasaknya sejurus pulang membaiki traktor. “Berkali-kali saya ajak dia makan pulut untuk sarapan ketika kami berdua tiba di ladang namun dia menolak, katanya mahu makan waktu rehat jam 11 pagi. “Saya tunggu suami pulang dari bengkel, tetapi ketika mahu memulakan kerja semula secara tiba-tiba rakan suami yang mengikutnya menghantar traktor ke bengkel memberitahu suaminya terlibat dalam kemalangan,” katanya tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman. isah dan suaminya bekerja di Ladang Bukit Bandi, Cheneh di bawah syarikat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd. Kata Maisah, suaminya itu bekerja sebagai mandor di tapak semaian sawit (nurseri) di ladang itu sementara dia pula melakukan kerja di ladang. Kata Maisah, beberapa bulan lalu arwah suaminya itu kerap berpesan agar menghantar jenazahnya untuk dikebumikan di Lombok Timur, Indonesia sekiranya dia meninggal dunia. “Waktu dia pesan begitu saya terkejut dan minta dia menghentikan permintaanya,” katanya yang tidak menyangka akan kehilangan suaminya dikahwini sembilan tahun lalu sekelip mata. Katanya, ketika berkahwin dengan arwah dia sudah mempunyai enam anak hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu manakala suaminya itu mempunyai dua anak yang tinggal di Indonesia. Meskipun perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun suaminya itu menyayangi anaknya sepenuh hati. “Walaupun sudah berkahwin selama sembilan tahun tetapi saya belum pernah mengikut suami pulang ke Lombok Timur dan kami sebenarnya merancang pulang Ogos depan,” katanya sugul. Menurutnya, dia berhasrat menghantar jenazah suaminya pulang ke negara asal bagi memenuhi hasrat arwah suaminya itu yang sudah berkerja di negara ini selama hampir 17 tahun. Sementara itu, Pegawai Ladang Bukit Bandi, Mohd Faizul Mat Shah berkata, kehilangan Mahdi ibarat khabar duka kerana mangsa seorang pekerja cemerlang. Sementara itu, Toyota Fortuner berkenaan remuk pada bahagian depan namun pemandunya tidak mengalami kecederaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak...
-
Semalam MynewsHub berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang wartawan yang sedang melakukakan ‘standupper’ di India telah dibuang ke...
-
Jepun dikenali sebuah negara yang melahirkan rakyat yang rajin, kreatif dan berinovasi. Malangnya bukan semua daripada mereka menggunakan...
-
Blog Gembol Gempak diberitakan yang pasangan porno Malaysia iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee telah membuat video permohonan maaf kepada masyar...
-
Payudara merupakan khazanah yang amat berharga bagi setiap wanita dan setiap wanita mempunyai bentuk payudara yang berlainan. Saiz dan be...
-
Beliau adalah bekas teman wanita Balotelli, penyerang pasukan Manchester City. Kandungannya yang berusia 6 bulan itu dikhabarkan milik pen...
-
Bekas model Playboy, Kendra Wilkinson dipercayai bersikap curang terhadap suaminya selama empat tahun, Hank Baskett. Menurut laman web Ra...
-
“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin...
Designed By Templateism | Seo Blogger Templates
No comments:
Post a Comment