Sunday, 25 August 2013
Sacoor Brothers Serlah Penampilan Bront Palarae @Cannes
Pemergian pelakon berkarektor Bront Palarae ke Cannes baru-baru ini menyaksikan dia tampil sungguh kacak dalam sarungan Sacoor Brothers, jenama fesyen antarabangsa terkemuka yang berasal dari Portugal. Difahamkan, Bront dan label terkenal ini amat teruja dengan kolaborasi kreatif terbaru mereka ini dan tampil di laluan berprestij Festival Filem Cannes.
Terkenal di peringkat global untuk ciptaan pakaian unggul yang berkualiti hebat dengan jahitan yang menekankan kehalusan, jenama Sacoor Brothers menjadi pilihan ramai 'superstar' antarabangsa berprofil tinggi termasuk selebriti Hollywood Rob Lowe, Chris O'Donnell dan William Baldwin.
Bront Palarae telah menggayakan tiga pasang helaian Sacoor Brothers (top to toe) di Festival Filem Cannes yang telah berlangsung baru-baru ini. Kehadiran Bront ke festival penuh berprestij tersebut adalah untuk mempromosikan filem terbarunya yang bertajuk Psiko: Pencuri Hati arahan Nam Ron. Bront dibekalkan persalinan terbaru pakaian kasual dan sut dari Koleksi Musim Bunga / Musim Panas 2013.
Sejak pembukaannya pada tahun lepas, Sacoor Brothers membuka tirai baharu industri peruncitan dan fesyen Malaysia melalui tawarannya yang berkualiti bukan setakat produk malah dari segi perkhidmatan peribadi yang unik.
Pendekatan kreatif melalui inisiatif jenama ini termasuk kempen 'Rakan Sacoor Brothers' - iaitu perlantikan golongan selebriti dan tokoh terkemuka dengan personaliti unggul yang diangkat sebagai 'rakan Sacoor Brothers'. Sempena majlis pelancaran stor yang pertama pada tahun lepas, enam selebriti tempatan termasuk Bernie Chan, Thanuja Ananthan, Aishah Sinclair, Will Quah, Melvin Sia dan Remy Ishak telah dipilih untuk menjadi 'Rakan Sacoor Brothers'.
Kempen ini juga banyak didorong oleh gedung Sacoor Brothers global termasuk Portugal dan Dubai, dengan sokongan 'Rakan Sacoor Brothers' tempatan negara-negara tersebut. Bagi anda yang mahukan gaya dapper iaitu segak, klasik dan dibaluti material berkualiti tinggi, Sacoor Brothers boleh dimiliki di butiknya di Suria KLCC dan juga Pavilion.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak...
-
Semalam MynewsHub berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang wartawan yang sedang melakukakan ‘standupper’ di India telah dibuang ke...
-
Jepun dikenali sebuah negara yang melahirkan rakyat yang rajin, kreatif dan berinovasi. Malangnya bukan semua daripada mereka menggunakan...
-
Blog Gembol Gempak diberitakan yang pasangan porno Malaysia iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee telah membuat video permohonan maaf kepada masyar...
-
Payudara merupakan khazanah yang amat berharga bagi setiap wanita dan setiap wanita mempunyai bentuk payudara yang berlainan. Saiz dan be...
-
Beliau adalah bekas teman wanita Balotelli, penyerang pasukan Manchester City. Kandungannya yang berusia 6 bulan itu dikhabarkan milik pen...
-
Bekas model Playboy, Kendra Wilkinson dipercayai bersikap curang terhadap suaminya selama empat tahun, Hank Baskett. Menurut laman web Ra...
-
“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin...
Designed By Templateism | Seo Blogger Templates
No comments:
Post a Comment