Sunday 25 August 2013

Selebriti Bersama PM Di Majlis Pelancaran Inai Kenanga

Share it Please
Selebriti Bersama PM Di Majlis Pelancaran Inai Kenanga Sebagai seorang warganegara Malaysia, golongan selebriti juga tidak terlepas daripada menjalankan tanggungjawab bersama memberi sokongan demi kemajuan negara tercinta. Perkara ini telah berjaya dibuktikan oleh para karyawan dunia seni yang menjadi sebahagian daripada 5,000 jemputan yang hadir untuk menjayakan majlis pelancaran kapal dredger Inai Kenanga di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor, semalam. Selain daripada melunaskan tugas sebagai seorang rakyat yang berdedikasi, para selebriti bersama jemputan yang hadir juga turut dibawa melihat kapal dredger milik Inai Kiara Sdn Bhd yang merupakan kapal dredger terbesar di rantau Asia dan telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dengan saiz sebesar 33,335 meter padu. Kapal dredger yang dikenali sebagai kapal pengorek serta berfungsi mendalamkan laluan di pelabuhan yang makin cetek bagi memudahkan perjalanan kapal-kapal besar masuk ke pelabuhan serta beberapa kepetingan bagi kemajuan ekonomi negara. Upacara perasmian sejarah baru dalam industri perkapalan di negara ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berserta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan diikuti menteri cabinet dan orang kenamaan lain. Antara yang hadir Datuk Aznil Hj Nawawi, Nassier Wahab, Suki Low, Maya, Ieda Moin, Fazli Zainal, Roslan Shah, Rohana Jalil, Kilafairy, Iz Sulaini, Dior, Saida, barisan artis-artis veteran seperti Hamid Gurkha, Hamidah Wahab, Zulkifli Zain, Dhalan Zainuddin serta ramai lagi yang mahu menyaksikan sebuah lagi sejarah negara terlakar sempena pelancaran ini. Iz antara yang sempat ditemuramah memberitahu bahawa pada mulanya dia tidak dapat menggambarkan apa yang bakal disaksikannya pada majlis itu nanti sehingga dia berada di lokasi berkenaan. "Pada mulanya saya tak tahu apa itu kapal dredger, ingatkan kapal persiaran. Tetapi bila datang sini memang teruja juga melihat betapa besarnya kapal ini dan bangga bila ia dibuat oleh kepakaran orang tempatan,"ujarnya yang seronok mendapat pengalaman baru . Manakala Kilafairy pula menjelaskan bahawa ibunya mahu ditemani untuk ke majlis pelancaran ini dan Kilafairy bersetuju untuk turut sama kerana kebetulan dia mempunyai masa lapang dan tidak berbuat apa-apa. "Mama ajak saya temankan dia ke sini dan berjumpa dengan rakan selebriti lain. Saya pula memang tiada aktiviti yang hendak dilakukan, daripada saya duduk saja di rumah seronok juga dapat tengok sebuah kapal besar dan berada disini pada hari bersejarah kapal dredger ini,"ucap Kilafairy ketika ditemubual media.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...