Sunday 25 August 2013

Nafi Berkasih, Halim Othman Bakal Tinggalkan Konti Suria FM?

Share it Please
Nafi Berkasih, Halim Othman Bakal Tinggalkan Konti Suria FM? Menerusi laporan akhbar Harian Metro kelmarin, penyampai Suria FM iaitu Halim Othman sekeras-kerasnya telah menafikan wanita yang bergambar dengannya itu bukanlah kekasih hatinya. Sebalik, Halim Othman memberitahu wanita dalam gambar yang tersebar dalam laman sesawang itu adalah peminat. Yang penting, Halim mengakui dia rasa terkejut setelah mendapat tahu hal tersebut dari rakannya. Apapun, Murai Batu dimaklumkan, Halim Othman merasakan apa yang berlaku terhadapnya itu seolah-olah seperti individu tersebut mahu meraih publisiti. Dek kerana itu, Halim menegaskan bahawa dia masih lagi belum punya teman istimewa. Dalam perkembangan lain, sumber lain memberitahu Murai Batu, Halim yang kini semakin umph dengan pasangannya iaitu Adibah Noor dikatakan dalam tempoh mengakhiri masa sebagai penyampai radio. Dengarnya, Halim bakal ditukarkan jabatan dari penyampai radio kepada jabatan pengurusan. Dalam erti kata lain, Halim tidak lagi jadi penyampai tapi pengurus untuk sebuah jabatan di Suria FM. Apa kes pun, Murai Batu tidak tahulah sama ada cerita ini benar atau propa saja. Setahu Murai Batu, setiap kali survey, Suria FM akan menukar strategi dan kempen. Yang pasti, Murai Batu dengar dua individu yang sangat dikenali dalam bidang penyiaran radio iaitu Kudsia Kahar dan Nila Kurnia sudah pun bertugas di Suria FM. Mungkin, kalau pihak Suria FM ada terbaca mengenai gosip ini, bolehlah sekiranya memaklumkan hal ini kepada rakan editor di murai.com.my.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...