Thursday 29 August 2013

Penangan Maut Batman

Share it Please
Penangan Maut Batman, 12 Terbunuh di ColoradoCOLORADO gembol betul-betul terkejut apabila terbaca laporan akhbar antarabangsa yang melaporkan 12 orang mati dan 70 lagi cedera ketika tayangan tengah malam filem The Dark Knight Rises di Aurora, Colorado, Amerika Syarikat a Dalam kejadian tengah malam waktu tempatan itu, orang ramai hadir ke Theater 9, Century 16 Theater untuk menyaksikan penamat kepada trilogi Batman arahan Christopher Nolan. Filem epik itu merupakan filem yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat untuk tahun ini. Namun siapa pun tidak menyangka yang kejadian buruk akan apabila suspek yang turut hadir sebagai penonton di pawagam tersebut telah melepaskan tembakan rambang terhadap penonton lain yang hadir pada malam itu. Suspek, James Holmes, 24, telah bersenjatakan senapang rifle A-15 bersama-sama dengan 100 magazin peluru yang boleh melepaskan 60 pusingan tembakan seminit. Dia juga turut memiliki 3,000 peluru sewakut ditahan polis beberapa minit selepas kejadian. Apa yang membuatkan gembol menepuk dahi ialah Holmes turut mengaku kepada pihak polis bahawa dia adalah Joker, watak yang diketahui umum sebagai musuh utama kepada Batman. Holmes bukan setakat mengaku demikian tetapi turut bersolek seperti musuh utama Batman itu. Rambutnya juga diwarnakan merah seperti penampilan Joker. Mangsa kepada 'Joker' ini katakan terdiri dari orang awam yang berusia antara bayi 3 bulan sehinggalah warga emas berusia 51 tahun. Holmes melakukan keganasan itu di pawagam ketika 'The Dark Knight Rises' baru bermula kira-kira 15 minit. Siasatan polis kemudian mendapati bahawa Holmes adalah penuntut kursus sains neuro di Universiti Colarado tetapi berhenti daripada program PhD itu kira-kira setahun lalu. Lebih mengejutkan lagi, pemuda yang dikatakan suka menyendiri itu dilaporkan sudah mempersiapkan diri sejak dua bulan lalu untuk melancarkan keganasan. Holmes dilapor membeli senjata berkenaan menerusi Internet tanpa sebarang pemeriksaan untuk memastikan dia tidak berniat jahat. Dalam satu sidang akhbar, polis turut mendedahkan yang Holmes telah membeli empat senjata di sebuah kedai senjata tempatan dan menerusi Internet, dia membeli 6,000 peluru, lebih 3,000 untuk raifal, 3,000 lagi untuk pistol glock, 300 lagi untuk senapang patahnya. Semua peralatan itu dimilikinya secara sah. Dia kini ditahan di Penjara Arapahoe County dan akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Arapahoe esok. gembol tumpang simpati dengan mangsa kejadian, tiada siapa pun yang boleh menjangka aktiviti untuk berhibur menonton wayang boleh bertukar menjadi tragedi maut dalam sekelip mata. Namun gembol percaya, tragedi ini tidak akan menghalang kutipan The Dark Knight Rises dari mencapai status box-office kerana kegilaan orang terhadap Batman memang tidak dapat disangkalkan lagi. gembol : Suka dengan elemen kejutan di akhir filem ini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...